Now Reading
Ngeri, Remaja 16 Tahun Cacat Kekal Gara-Gara Mahu Buang Kutu Dari Rambut

Ngeri, Remaja 16 Tahun Cacat Kekal Gara-Gara Mahu Buang Kutu Dari Rambut

Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Siapa sangka kejadian yang menimpa gadis remaja kira-kira 4 tahun sewaktu dia di usia 12 tahun telah mengubah seluruh hidupnya dalam sekelip mata.

Dikenali dengan nama Aleema Ali, gadis ini tidak menyangka dia yang dahulunya normal, kini berubah menjadi cacat sepanjang hayatnya dek kerana keinginan mahu menyingkirkan kutu daripada kepalanya.

Wajah Aleema sebelum kejadian

Katanya lagi, ketika itu dia sedang memakai syampu khas untuk membuang binatang berkenaan dan perlu menunggu kira-kira 10 minit untuk membersihkan kepala. Sementara menunggu, dia menuju ke ruangan dapur untuk membuang sampah ke luar rumah di Bradford, England.

Namun, detik-detik cemas berlaku ketika api mula menyambar ke bahagian rambut dan badan sehingga menyebabkan 55 peratus badannya melecur. Sekali gus muka, rambut, lengan peha dan dadanya mengalami kesan terbakar.

Lebih memilukan apabila hanya tiga jari sahaja mampu beroperasi dengan sempurna, manakala lagi tujuh lagi tidak dapat digerakkan.

Dia yang dikejarkan ke hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya. Aleema juga dikatakan koma selama dua bulan sewaktu dia berumur 12 tahun.

Kini, Aleema tetap bersemangat untuk terus berjaya biarpun mengalami kecacatan kekal. Dia bangkit meneruskan kehidupan dan terlihat semakin berani untuk tampil di khalayak ramai termasuklah melakukan tutorial solekan menerusi aplikasi TikTok.

Inilah foto terkini keadaan Aleema yang melakukan tutorial solekan di akaun media sosialnya.

See Also

Tambahnya lagi, Aleema yang kini sudah berusia 16 tahun itu sedang melanjutkan pengajiannya ke peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire.

Aleema juga mendedahkan sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan dari semua pihak termasuklah ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui olehnya.  

Kami mendoakan agar Aleema terus diberikan kekuatan dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam kerjaya yang diidamkan.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.