fbpx
Now Reading
“Takkan Lepaskan Geng Addy Kana “- Addy Kana Terbabit Macau Scam, Judi Online

“Takkan Lepaskan Geng Addy Kana “- Addy Kana Terbabit Macau Scam, Judi Online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis hari ini mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kana sebenarnya terbabit dalam beberapa penipuan iaitu Macam Scam, judi dalam talian dan juga penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman berkata, sewaktu siasatan awal, pasukan polis mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kana menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

“Tangkapan Addy (Kana) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong@Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

“Kita juga dapati wujud elemen penipuan penipuan (scam) membabitkan Addy ini. Susulan itu, siasatan juga akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standrad (JIPS),” kata Huzir

Jelasnya lagi, susulan penahan Addy, JSJ sejak sabtu lalu telah mengadakan 12 serbuan di sekitar Lembah Klang membabitkan premis pusat panggilan (calling centre).

Hasilnya mereka berjaya menahan 138 individu termasuk 95 warga China membabitkan beberapa sindiket.

“Daripada jumlah suspek pelaburan haram itu, 95 orang adalah warga China dan 43 lagi adalah orang tempatan, sekaligus berjaya menumpaskan sindiket Calling Centre yang beroperasi di Lembah Klang sementara usaha masih dilipatgandakan.

Takkan lepas geng Addy Kana

Tambah Huzir lagi, Addy juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Akta Ordinan Darurat 1969 dimana dia pernah terlibat dalam jenayah samun.

Jelasnya juga PDRM tidak akan dengan mudah melepaskan mana-mana ahli geng mereka.

“Polis tidak akan melepaskan geng Addy Kana ini dengan mudah dan sewenang-wenangnya dan permohonan lanjutkan reman ke atas mereka di bawah Seksyen 4(2)(a) POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) selama 38 hari lagi akan dipohon sekiranya tempoh reman sebelum ini tamat nanti,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette

Dalam pada itu saat diaujukan mengenai usaha memburu Alvin, beliau berkata siasat masih lagi dijalankan untuk mengesannya.

“Siasatan juga sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung tindakan Alvin yang berjaya melarikan diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tempoh hari,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.