Hanya Kerana Berdendam Dengan Suami, Wanita Humban 2 Anak Dalam Sungai [Video]

Sejak beberapa hari lalu tular satu video CCTV di media sosial yang memperlihatkan seorang wanita mencampak dua orang anaknya ke dalam sungai.

Tindakan berkenaan difahamkan berlaku di Jambatan Al-Aimmah Sungai Tigris Iraq

Video tersebut nyata menarik perhatian netizen dari seluruh dunia yang menyifatkan wanita tersebut tidak berperikemanusian kerana dia dilihat nekad dan langsung tidak teragak-agak untuk melakukannya.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan pada mulanya dilihat sedang berjalan sambil mendukung anak perempuannya, Masuma Mohammed, 1 sambil memegang seorang anak lelakinya Hur Mohammed,3 melintasi jalan di jambatan tersebut

Dia kemudian dilihat menghampiri bahagian tepi jambatan sebelum menghumban kedua anaknya ke dalam sungai lantas berlalu pergi seolah langsung tiada apa yang terjadi.

Jenazah Hur Mohammed,3 dan adiknya Masuma Mohammed,1 berjaya di temui pasukan penyelamat di dalam sungai Tigris

Dendam kepada bekas suami

Menerusi laporan Gulf News,  wanita berkenaan bagaimanaun telah ditahan pihak berkuasa disana.

Dia yang disisat mengaku merupakan ibu kepada anak-anak berumur yang 3 tahun dan 2 tahun itu dan bertindak sedemikian selepas berselisih faham dengan bekas suaminya iaitu ayah keapada anak-anak tersebut.

Jelasnya lagi dia juga bertindak sedemikian untuk membalas dendam selepas diceraikan beberapa bulan lalu

Jambatan tempat dua anak kecil tersebut di humban

“Sudah lama dirancang”

Dalam pada itu kejadian berkenaan pastinya mengejutkan ahli keluarga mereka . Menurut datuk kepada mangsa-mangsa tersebut Abu Tahsin Deraji wanita itu bertidak sedemiikan kerana tidak dapat menerima hakikat sudah diceraikan suaminya pada bulan lalu

“Kejahatan ini sudah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.

“Pada Januari lalu, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah anak perempuan anda.

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah berbincang perkara ini di mana-mana, dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar (bersama kekasih) kepada sesiapa,” katanya.

Difahamkan pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya berjaya menemuii mayat kedua anak-anak tersebut .

Namun apa yang menyedihkan apabila melihat si ayah meraung-raung sebaik dia tiba di lokasi kejadian.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago