fbpx
Now Reading
Lain Dari Lain, Iphone 12 Di Perancis Datang Dengan 2 Kotak, Satu Berisi Earpods

Lain Dari Lain, Iphone 12 Di Perancis Datang Dengan 2 Kotak, Satu Berisi Earpods

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya tak perlu di beritahu lagi, seluruh dunia terutama peminat dunia teknologi sudah mengetahui yang Apple kini tidak lagi menyertakan Earpods dan adaptor ( kepala pengecas) bersama pembelian iphone terbaharu mereka.

Disebabkan itu juga, mereka kemudian memilih mengubah kotak pembelian mereka menjadi semakin kecil ianya menjadi perdebatan hangat netizen di seluruh dunia.

Namun keadaan sedikit berbeza dengan penjualan Iphone di Perancis. Negara mereka terkecuali dari pembaharuan tersebut kerana undang-undang di sana mewajibkan kesemua pengeluar untuk menyertakan fon telinga di dalam kotak mereka.

Justeru bagi mematuhi syarat-syarat tersebut Apple terpaksa berkompromi bagi memastikan produk terbaharu mereka dapat memasuki pasaran di sana.

Ingin tahu bagaimana ianya dilakukan?

Bagi pasaran di Perancis, satu solusinya ialah mempraktikkan pembungkusan kotak di dalam kotak. (Box in a Box)

Apple menggunakan 1 kotak besar yang memuatkan kotak iphone 12 manakala ruangan di bawahnya diselitkan bekas Earpods.

Namun alang-alang dah kotak besar ? Tak selit sekali ke kepala pengecas? Hehe takkanlah kan.

Ini kerana undang-undang disana mewajibkan fon telinga sahaja di letakkan di dalam kotak pembelian telefon pintar.

Kami yakin ianya kerana mereka pada waktu itu masih merasakan kepala charger adalah satu benda wajib yang tidak mungkin diasingkan dari sebarang kotak pembelian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.