Rasmi! Proton X50 Dilancarkan 27 Oktober Ini
Pelancaran pada jam 10.50 bersempena dengan model X50
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setelah hampir dua tahun menanti nampaknya penantian peminat jenama automotif tempatan khususnya Proton X50 bakal berakhir selepas Poto secara rasmi mengumumkan akan melancarkannya pada 27 Oktober ini
Menerusi satu perkongsikan di laman Facebook rasmi mereka, Proton memaklumkan model kendeerana utiliti sukan (SUV) Segmen B tersebut bakal dilancarkan pada tarikh tersebut pada jam 10.50 pagi.
Agak menarik kerana 10.50 sebenarnya mempunyai maksud tersendiri iaitu 10 melambangkan simbol X (roman) dan 50 adalah model tersebut.
Pelancaran ini sekaligus akan menjawab persoalan orang ramai mengenai harganya selepas Proton membuat permberitahuan bahwa harga X50 yang tular dia media sosial adalah tidak benar.
Namun satu yang menarik, X50 sebelum ini sudah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menerima lebih 20,000 tempahan sedangkan ianya masih belum dilancarkan secara rasmi.
Sebagai rekod X50 merupakan model kedua SUV yang diperkenalkan selepas X70 pada 2018 hasil kerjasama strategik bersama syarikat pengeluar kenderaan Geely, China.
Ia hadir dengan empat varian iatu Standard, Executive, Premium dan Flagship dimana semuanya bakal dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder.