fbpx
Now Reading
Dr Hisham Buat Kemunculan Khas, Bantu Boboiboy Kalahkan Covid-19 [Video]

Dr Hisham Buat Kemunculan Khas, Bantu Boboiboy Kalahkan Covid-19 [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak penularan Covid-19 antara figura yang paling menjadi perhatian masyarakat semestinya Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah .

Malah kemunculannnya setiap hari dan kini beberapa kali seminggu sentiasa dinantikan rakyat Malaysia dalam menyampaikan situasi semasa mengenai jangkitan Covid-19

Namun kali ini nama DG Hisham sekali lagi menjadi topik perbualan orang ramai apabila dia dilhat muncul dalam bentuk animasi bersama salah satu superhero kegemaran rakyat Malaysia Boboiboy.

Kemunculan terebut adalah bentuk iklan hebahan khidmat awam (PSA) mengenai COVID-19 di laman Youtube Monsta iaitu penerbit animasi superhero tersebut

Menerusi video PSA berdurasi 1.05 saat itu, Dr Noor Hisham dilihat membantu Boboiboy dan rakan-rakannya dari serangan virus Covid-19.

Selain itu beliau turut memberi nasihat dan kepaada Boboiboy dan rakannya dalam menewaskan Covid-19 dengan mengikuti langkah penting iaitu CAPP iaitu Cegah dari Awal, Amalkan Norma Baharu, Patuhi SOP & Pantau Status Kesihatan.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk menghalang virus COVID-19.

“Kamu hanya perlukan CAPP,” jelas hero kesayangan rakyat Malaysia dalam video berkenaan.

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.