fbpx
Now Reading
5 Jenama Besar Yang Pernah Hasilkan Produk Luar Dari Kebiasaan Mereka

5 Jenama Besar Yang Pernah Hasilkan Produk Luar Dari Kebiasaan Mereka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap jenama besar yang terkenal di dunia pasti mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri masing-masing.

Jika Apple terkenal dengan peranti seperti alatan teknologinya, Coke pula terkenal dengan air Cola nya. Begitu juga dengan jenama gah lain seperti Honda dengan dunia automotifnya manakala Louis Vuitton dengaan fesyen mewahnya.

Tapi pernah bayangkan apa akan jadi sekiranya jenama-jenama besar ini cuba mengembangkan perniagaan mereka seterusnya menghasilkan barangan baru yang jauh dari kebiasaan mereka.

Macam pelik bukan ? Namun situasi sebegini pernah berlaku sejak lama dahulu malah ianya dilakukan ketika jenama berkenaan sudahpun berapa dikemuncak mereka.

Jadi dibawah kami kongsikan 5 jenama besar yang pernah mengeluarkan produk atau servis yang lain dari kebiasaan mereka dan sasaran pasaran mereka.

#1 Colgate – [Produk makanan]

Percaya atau tidak jenama ubat gigi yang paling popular di dunia ini pernah merancang menghasilkan produk makanan sejuk beku antaranya Beef lasagna .

Meskipun maklumat tepat mengenai tahun ianya terjadi, ianya dikatakan berlaku pada 198 menurut laporan Huffpost dan Forbes

Namun usaha ini gagal kerana pengguna Colgate sudah sinonim dengan fungsi nya sebagai pembersih gigi bukan mengotorkan gigi

#2 Zippo – [Minyak Wangi]

Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada perokok. Zippo sudah begitu lama bertapak dalam pasaran pemetik api di seluruh dunia malah mereka yang memilikinya biasanya dikategorikan sebagai ‘have have’

Namun mereka dilihat memberanikan diri untuk cuba memasuki pasaran fragrance dengan menghasilkan minyak wangi sendiri.

Bunyi macam jauh je bukan? Minyak pemetik api kini jadi minyak wangi? Yup . Usaha mereka boleh dikatakan gagal, malah lambakan minyak wangi mereka boleh dilihat bertebaran di jual secara online dek kerana permintaan yang kurang.

#3 Levis [Automotif]

Jenama jeans yang pernah memonopoli dunia fesyen satu masa dahulu malah begitu digemari oleh peminat Denim.

Namun Levis juga pernah mencipta kelainan apabila membuat satu usahasama dengan sebuah syarikat Automotif di Amerika American Motor Corporation (AMC)pada tahun 1973 dengan menghabiskan sebuah model kereta, Levis Gremlin.

Sama seperti lainnya usaha Levis bersama syarikat AMC (kini sudah muflis) juga dilihat gagal apabila kereta yang serba serbi berwarna biru itu kurang mendapat sambutan .

#4 Virgin ( Minuman)

Jenama penerbangan murah milik Richard Branson yang begitu dikenali di seluruh dunia kerana idea menarik mereka menawarkan servis penerbangan murah malah sehingga turut menjadi ikutan AirAsia.

Siapa sangka Virgin pernah mencipta kelainan dengan menceburi bidang minuman air berkarbonat dengan menghasilkan Virgin Cola pada tahun 1994.

Produk tersebut yang semakin berkembang nyata tidak menggembirakan pelopor air Cola iaitu Jenama Coca-cola. Coca cola kemudian dengan strategi efektif akhirnya berjaya meyakin kanpelanggan dan peruncit untuk terus setia bersama mereka.

Ini menyebabkan permintaan terhadap Virgin Cola menurun dan selepas hampir 20 cuba melawan, mereka akhirnya menutup operasi air minuman mereka pada tahun 2012.

#5 Bic – Seluar Dalam Pakai Buang

Agak mengejutkan apabila Jenama Bic yang begitu terkenal dalam menghasilkan alatan tulis dan ‘shaver’ turut tersenarai bukan?

Namun Bic memang seharusnya berada di dalam list ini kerana mereka pernah mengeluarkan produk seluar dalam pakai buang .

Err??

Tak menjadi masalah pada kami memandangkan produk ini memang ada permintaannya, namun untuk mengaitkan sebuah pen dan pembaris dengan seluar dalam pakai buang. Memang tak boleh terima dek akal bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.