
Penyokong ‘Anti Mask’ Tersungkur Di Tolak Selepas Ludah Orang Awam [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui negara Amerika Syarikat paling teruk terkesan susulan penularawan wabak Covid-19
Semua ini disebabkan kehadiran banyak golongan ‘anti mask’ dan golongan yang mendakwa virus maut tersebut hanyalah rekaan dan satu agenda kerajaan mereka.
Lebih memburukkan keadaaan apabila ada kalangan kumpulan anti mask dengan lantangnya mengeluarkan pendapat pemakaian mask adalah melanggar hak asasi mereka sebagai manusia
Terbaru seorang wanita yang merupakan penyokong gerakan anti mask telah bertindak drastik dengan meludah orang awam dalam menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Gara-gara tindakannya beraninya itu wanita berkenaan difahamkan telah ditolak sehingga jatuh tersungkur ke tar dari dalam sebuah bas.
Video insiden tersebut difahamakn mula tular di laman Twitter selepas dikongsikan seorang lelaki.
“Anti masker meet pavement”
Jadi perdebatan hebat di media sosiala
Video berkenaan kemudiannya menimbulkan perdebatan hebat di kalangan netizen dimana ada yang bersetuju wanita berkenaan diperlakukan sedemikian manakala ada segelintir merasakan tindakan menolaknya hingga jatuh tersungkur adalah keterlaluan
Namun ramai yang bersetuju dia tidak sepatutnya meludah kerana air liur merupakan satu benda yang membahayakan di musim pandemik.
she spit on him DURING a Covid19 PANDEMIC. that's assault with intention to murder.
— Popcorn Time! 🇲🇾 (@AmethystChew1) October 23, 2020