fbpx

Lukis Gamba Dr Noor Hisham Dalam Mangkuk Tandas, Netizen Sifatkan Fahmi Reza Biadap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelukis kontroversi, Fahmi Reza hari ini dikecam hebat apabila dia memuat naik poster lukisan digital yang memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham didalam mangkuk tandas.

Dia sebelum ini begitu dikenali dan sering menjadi perhatian masyarakat akibat kekerapan mengutuk ahli politik di dalam negara dengan lukisannya yang paling dikenali iaitu lakaran badut menyerupai Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .

Namun situasi kali ini dilihat berbeza apabila dia mensasarkan dan membuat lakaran membabitkan penjawat awam yang juga hero kesayangan rakyat Malaysia itu didalam mangkuk tandas.

Menerusi ‘sequence’ foto itu pula jelas lakaran Dr Noor Hisham kemudiannya ditekan masuk kedalam oleh seseorang.

Bersama foto tersebut yang dimuat naiknya awal pagi tadi, pelukis kontroversi ini turut memuat naik kapsyen ‘please use the toilet’

Hantaran tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dengan rata-rata mereka mengecam hebat tindakannya yang dilihat terlalu biadap dan melampau.

Malah ramai yang turut memintanya menghormati Dr Noor Hisham yang telah bertungkus lumus dan tanpa henti bekerja dalam menangani penularan wabak Covid-19

Dah terlampau free sangat

Politikus mungkin boleh disatira tetapi tidak Dr Norhisham

Jika tak bantu negara, hormati yang yang berusaha untuk kita

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.