fbpx
Now Reading
Niat Hati Nak ‘Blind Date’ Berdua, Sekali Bakal Kekasih Bawa 23 Saudara Teman

Niat Hati Nak ‘Blind Date’ Berdua, Sekali Bakal Kekasih Bawa 23 Saudara Teman

Nasib baik larikan diri, kalau tak terpaksa bayar hampir RM12K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Blind date sebenarnya penuh dengan kejutan, yelah ianya adalah satu temu janji yang lain dari biasa dimana anda bakal berjumpa ‘seseorang’ yang tidak pernah anda kenali apatah lagi bersua muka

Pengakhirannya hanya dua samaada ia berakhir dengan satu hubungan istimewa atau berakhir dengan perasaan penuh hampa.

Namun satu kejadian blind date di wilayah Zhejian,China ini benar-benar berbeza dari biasa dimana seorang lelaki yang dikenali dengan nama Liu telah dikejutkan dengan kehadiran 23 orang saudara-mara bakal kekasihnya.

Diatur oleh ibu lelaki berkenaan

Difahamkan pertemuan tersebut diatur oleh ibu kepada lelaki terbabit yang bimbangkan status anaknya yang masih bujang dan belum berpunya.

Menyangkakan blind date tersebut hanya melibatkan mereka berdua, Liu kemudiannya mempelawa untuk membelanja wanita berkenaan sekiranya mereka berjumpa.

Foto sekadar hiasan Sumber : Google

Namun tibanya hari kejadian, dia dikejutkan apabila wanita berkenaan datang bersama 23 orang saudara maranya sekaligus mengubah blind date yang dirancang berubah seolah menjadi satu jamuan.

Alasan hanya untuk menguji sifat pemurah lelaki berkenaan

Menerusi laporan media tempatan, wanita berkenaan yang tidak mahu identitinya didedahkan mendakwa tujuannya berbuat demikian adalah untuk menguji sifat pemurah bakal teman lelakinya.

Namun sebaik selesai menjamu selera, wanita berkenaan dikejutkan dengann kehilangan Liu yang sebenanrnya sudahpun melarikan diri meninggalkan mereka semua di sana.

Ekoran dari itu wanita berkenaan kemudiannya terpaksa membayar kesemua makanan tersebut yang bernilai 19,800 Yuan atau sekitar RM12,000.

Liu setuju bayar separuh dari nya

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana Liu kemudiannya bersetuju membayar sebahagian dari jumlah tersebut.

Insiden tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial China dimana ada yang mengatakan Liu telah gagal dalam ujian tersebut namun rata-rata merasakan wanita berkenaan sebenarnya tidak jujur.

“Lelaki seharusnya bersikap budiman dengan membayar makan apabila bertemu janji, namun membawa 23 orang untuk turut serta adalah tidak masuk akal ” kata seorang netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.