Now Reading
Pernah Tular Berebut Nak Tiup Lilin, Kini Dua Beradik Dapat Peluang Tiup 500 Lilin Bersama

Pernah Tular Berebut Nak Tiup Lilin, Kini Dua Beradik Dapat Peluang Tiup 500 Lilin Bersama

Tular di media sosial akan ragam dua kanak-kanak Brazil yang bertelingkah ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Punca utama pertelingkahan hanyalah kerana berebut meniup lilin. Namun, gelagat dua beradik ini telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Maria Eduara pada hari kejadian sedang menyambut hari lahirnya yang ketiga. Dia yang kelihatan teruja dengan sambutan berkenaan dilihat sudahpun bersedia untuk meniup lilin sebaik orang ramai habis menyanyikan lagu hari lahir untuknya.

Namun kakaknya, Maria Antonia yang berada di sebelah telah bertindak mengusik adiknya itu dengan dengan meniup lilin tersebut.

Berang dengan tindakan kakaknya, Eduara dengan tindak balas spontan telah menarik rambut kakaknya itu di hadapan umum.

Siapa sangka, selepas kejadian tersebut tular, dua beradik ini telah dijemput hadir oleh pihak produksi bagi salah sebuah program televisyen.

Namun, motif utama pihak produksi menjemput kanak-kanak ini adalah untuk memberi kejutan. Mereka menyediakan sebuah kek yang dihiasi 500 batang lilin di atasnya, untuk ditiup oleh Maria dan Eduarda.

‚ÄúItu hubungan saudara perempuan. Satu jam mereka menampar, kemudian berpelukan‚Ķ‚ÄĚ

See Also

РIbu kedua beradik Gabriela Aureluk 

Perkara biasa adik beradik bergaduh

Menurut ibun mereka, Gabriela Aureluk pergaduhan ini hanyalah perkara biasa bagi adik beradik. Tambahan pula, mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang belum matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Jelas Aureluk lagi kedua-dua puterinya itu sebenarnya sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Tonton momen keduanya meniup 500 lilin pada satu kek bersama di bawah :

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.