fbpx
Now Reading
Bela Kucing Liar Yang Dijumpai Di Hutan, Lelaki Ini Terkejut Selepas Vet Dedahkan Spesiesnya

Bela Kucing Liar Yang Dijumpai Di Hutan, Lelaki Ini Terkejut Selepas Vet Dedahkan Spesiesnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki menemukan seekor kucing comel di hutan. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu telah membawa kucing tersebut untuk dipelihara di kediamannya.

Menurut lelaki tersebut, di mata kasarnya, kucing itu hanyalah seekor kucing betina yang comel dan mempunyai tompok cantik yang seakan harimau bintang.

Paling menyeronokkan, kucing itu sebenarnya bunting dan kini selamat melahirkan 12 ekor anak kucing yang comel dan istimewa serta mempunyai tompok seperti ibunya.

Namun begitu, pemilik kucing mula tertanya-tanya akan sepsis haiwan yang dipeliharanya itu. Hal ini kerana, kucing tersebut langsung tidak seperti kucing-kucing biasa yang pernah ditemuinya.

Ekoran dari rasa sangsi itu, pemilik kucing telah membawa kesemua haiwan peliharaannya itu ke klinik vaterinar. Keadaan ini sangat mengejutkan kerana, ahli vaterina telah mengesahkan bahawa kucing yang dijumpai oleh individu tersebut bukanlah dari baka kucing biasa. Ianya ialah baka Kucing Bengal.

Kucing Bengal adalah sepesis kucing yang unik dan sangat sukar ditemui. Bahkan, kucing sepesis ini mempunyai nilai pasaran yang mahal. Disebabkan kucing baka ini adalah spesis yang unik, sesetengah negara telah menetapkan bahawa, setiap pemilikan kucing berbaka Bengal sebagai haiwan peliharaan memerlukan permit yang sah.

‘Prionailurus bengalensis’ atau lebih dikenali sebagai Kucing Bengal, Kucing Batu atau Kucing Hutan,merupakan kucing liar yang boleh ditemukan di beberapa habitat asal seperti Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pada tahun 2002, kucing spises ini telah disenaraikan dalam Spesis Kurang Terancam, Senarai Merah IUCN. Di mana spesis ini membiak dengan banyak, tetapi agak terancam kerana pemburuan haram berikutan harga pasarannya yang mahal, serta habitatnya yang semakin berkurangan.

Di Malaysia, kucing ini tersenarai dalam haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antara Bangsa (Spesis Terancam 2008).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.