fbpx
Now Reading
Taktik Licik! Berlakon Kudung & Mengemis, Rupanya Ada 5 Buah Rumah Dengan Harta Menimbun

Taktik Licik! Berlakon Kudung & Mengemis, Rupanya Ada 5 Buah Rumah Dengan Harta Menimbun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini setiap kali kita keluar rumah, pasti akan terjumpa dengan golongan gelandangan atau golongan pengemis yang meminta simpati demi sesuap nasi.

Melihatkan keadaan mereka pasti terbit rasa kasihan sehingga ramai memilih menghulurkan sedikit wang kepada golongan susah seperti mereka bukan?

Namun seorang pengemis di Kaherah, Mesir menggunakan modus operandi berkenaan untuk mengumpul harta. Malah dia yang dikenali dengan nama Nafisa turut berlakon yang dia kehilangan kaki sehingga terpaksa berjalan menggunakan kerusi roda.

Pihak berkuasa pada mulanya menyiasat Nafisa susulan laporan yang diterima mengatakan wanita tersebut hanya berpura-pura menjadi kudung dan bergelar OKU untuk meraih simpati.

Foto : almasryalyoum.com

Wang simpanan hampir RM 800,000

Namun penemuan mereka lebih mengejutkan, wanita 57 tahun itu bukan hanya menipu yang dia berkerusi roda sebaliknya dia mempunyai 5 buah rumah kediaman di berapa buah daerah dan mempunyai wang simpanan hampir 3 Juta Egypt Pound iaitu bersamaam kira-kira RM793,700.

Kantoi bangun dan berjalan sebaik selesai mengemis

Tambah polis lagi beberapa saksi mengakui telah melihat Nafisa bangun dari kerusi rodanya sebaik selesai melakukan aktiviti mengemisnya

Hasil siasatan polis juga , wanita berkenaan juga langsung tidak mempunyai sebarang penyakit .

Susulan dari itu polis bertindak menahan dan menyerahkan Nafisa kepada pejabat pendakwaaan awam untuk siasatan terperinci.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.