fbpx
Now Reading
Kejam! Tragedi Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun Mati Dipukul Hingga Nazak Oleh…

Kejam! Tragedi Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun Mati Dipukul Hingga Nazak Oleh…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masih ingat tak tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal dunia pada tahun 2017 di Liskeard, Cornwall UK.

Kanak-kanak tersebut dipukul oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil. Kecederaan yang dialaminya amat teruk dan zalim sekali seakan mengalami kemalangan jalanraya.

Kredit: Harrow Times

Menurut laporan dari American Web Media, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Eve Leatherland dikatakan mengalami keretakan pada bahagian kepala dan patah tulang rusuk.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati Eve mengalami keretakan pada kepala dan patah tulang rusuk. Lebih menyedihkan apabila anak malang itu dikatakan telah sengaja dibiarkan nazak di atas katil sampai meninggal dunia,” – American Web Media

Kredit: Birmingham Mail

Korang mesti kehairanan di manakah keberadaan ibu bapa budak ini, kan?

Mereka sewaktu itu dikatakan sedang bermain game dan asyik berbual dengan rakan-rakannya di media sosial, Facebook.

Lantaran itu, ketika mereka dibawa ke bilik mahkamah, juri mendengar akan perilaku buruk terhadap ibu bayi kanak-kanak itu.

Prof David Mangham yang merupakan seorang pakar Histopatologi memaklumkan kepada juri bahawa beliau menemukan bukti dimana Eve sekurang-kurangnya telah diserang sebanyak 3 kali sehingga mengalami kecederaan teruk kepada kanak-kanak itu.

Kredit: Mirror.co.uk

Justeru itu, beliau juga menggambarkan bagaimana bayi kecil itu menderita disebabkan patah 12 tulang rusuk, patah 2 tulang tengkorak dan kecederaan dalaman lain.

“Ketika kanak-kanak itu sedang nazak, Leatherland dan Curd menonton tv, bermain permainan video, saling menghantar teks pesanan dan berbual dengan orang lain di Facebook,” katanya.

Sementara itu, Sean Brunton iaitu peguam pendakwa memberitahu hakin bahawa Eve dibunuh di kediamannya sendiri dan mendapati mengalami kecederaan yang digambarkan oleh pakar perubatan sebagai jenis kecederaan yang sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.

Kredit: Cornwall Live

Namun kecederaan ini lebih mengerikan kerana mungkin banyak lagi kecederaan yang dialami oleh anak tersebut sebelum ini. Bayi ini juga telah diberikan begitu banyak ubat sehingga dia meninggal, sama ada dia diberi ubat selama beberapa hari untuk cuba menyembunyikan kesan daripada kecederaan teruk yang dialami atau satu dos banyak dalam beberapa jam sebelum dia meninggal, kita tidak dapat mengatakannya dengan tepat.

Sean Brunton, Peguam Pendakwa

Sehubungan itu, Abigail Leatherland, 27, dan Tom Curd, 32, didakwa membunuh anak mereka iaitu Eve Leatherland, namun begitu mereka mengaku tidak bersalah.

Menurut laporan Metro.co.uk pada 16 November 2019, sehingga tarikh itu Abigail dihukum penjara 3 tahun atas kesalahan membiarkan anaknya mati, manakala Curd dihukum penjara minimum 20 tahun atas kesalahan membunuh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.