fbpx
Now Reading
Sebak Dengar Murid Berlapar, Guru Di Sabah Ini & Rakan-Rakan Hulur Bantuan Makanan

Sebak Dengar Murid Berlapar, Guru Di Sabah Ini & Rakan-Rakan Hulur Bantuan Makanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mendengar orang luar tiada bekalan makanan pun sudah cukup menerbitkan rasa kasihan di hati kita, ini pula bila mendapat tahu orang yang dikenali sedang berhadapan perkara yang sama.

Itu yang diraskan guru kaunseling ini, Maisarah Hannan selepas menerima mesej banyak mesej dari anak muridnya yang kekurangan bekalan makanan susulan pandemik Covid-19 di negara ini.

Dari situ dia bersama beberapa orang rakannya sepakat menghulurkan bantuan kepada pelajar di sekolahnya, SMK Konven St. Cecilia,  Sandakan, Sabah dan penduduk berdekatan.

Mereka tidak meminta lebih tetapi hanya mahu bantuan makanan. Saya kemudian mencari jalan termasuk menggunakan duit sendiri untuk membantu setakat yang mampu selain bantuan daripada rakan guru yang lain.

“Ada pelajar datang daripada keluarga tidak berkemampuan dan ibu bapa hanya bekerja sendiri selain diberhentikan kerja serta tidak dapat kerja kerana pandemik Covid-19.

“Saya bersama rakan yang lain turun padang untuk mengagihkan barangan keperluan itu ke rumah pelajar terbabit. Usaha ini saya teruskan sehingga kini kerana saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini, terutama dengan kes yang tinggi di Sabah ketika ini,” katanya di sini.

Turut mendapat sokongan dana pihak luar

Jelas Maisarah lagi , dia sudah mula menghulurkan bantuan kepada pelajarnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada Mac lalu lagi dan ianya turut mendapat sokongan dan sumbangan dari orang ramai

“Bagaimanapun, usaha ini turut mendapat sokongan pihak luar dan dana yang ada semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. Mereka turut membantu selepas ramai yang kongsi paparan Facebook saya mengenai usaha ini.

Rakan Maisarah yang sentiasa bersama mengagihkan bantuan

“Oleh kerana dana semakin bertambah, kini saya luaskan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Ramai yang meminta tolong untuk diberikan bantuan makanan… sebak pula bila tahu,” katanya yang mula terbabit dalam kerja sukarelawan serta kemanusiaan sejak 2017.

Berhubung bantuan itu, beliau berkata, ia membabitkan pelbagai bentuk barang makanan kering termasuk beras, telur, minyak masak, gula dan susu bayi selain pelitup muka.

“Saya mendapat maklumat daripada Facebook mengenai golongan yang memerlukan bantuan… mereka mesej saya di Facebook untuk minta bantuan. Lazimnya, selepas tahu alamat mereka, saya dengan dibantu rakan akan menghantar bekalan itu.

Difahamkan bekalan yang diagihkan merangkumi makanan kering seperti beras, telur, minyak masak, gula dan susu bayi selain pelitup muka.

“Saya mendapat maklumat daripada Facebook mengenai golongan yang memerlukan bantuan… mereka mesej saya di Facebook untuk minta bantuan. Lazimnya, selepas tahu alamat mereka, saya dengan dibantu rakan akan menghantar bekalan itu.

“Ada juga maklumat asnaf yang saya dapat hasil tinjauan sendiri dan rakan seperjuangan yang lain,” katanya sambil menambah sumbangan itu diterima daripada orang awam termasuk ada yang menjadi penyumbang tetap.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.