fbpx
Now Reading
Terpilih 10 Finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020, Agong Ucap Tahniah Pada Cikgu Samuel

Terpilih 10 Finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020, Agong Ucap Tahniah Pada Cikgu Samuel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat kami sebelum ini pernah menulis mengenai Cikgu Samuel Isaiah, guru bahasa inggeris yang menjadi kesayangan para pelajar anak orang asli di yang Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang.

Disebabkan rasa sayang mereka kepadanya, kebanyakan pelajarnya sanggup meredah 100KM hanya untuk bersama meraikan majlis perkahwinan beliau selain turut membuah persembahan khas buatnya dan isteri juga para tetamu.

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/26/saya-tidak-akan-melupakan-anak-anak-ini-cikgu-inggeris-kongsi-kenangan-manis-majlis-perkahwinan-beliau/

Bukan itu sahaja, diatas usaha kerasnya, dedikasi dan semangatnya yang sentiasa mengutatamakan pembelajaran anak muridnya Cikgu Samuel yang turt mesra dengan panggilan Cikgu Sam baru-baru ini telah dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Difahamkan penganjur Yayasan Varkey di London, berkata Cikgu Sam, dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara. Keadaan ini sudah cukup membanggakan dan membuktikan usaha beliau begitu dihargai masyarakat sedunia

Terbaru, kejayaaannya terseranai sebagai 10 finalis, turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menzahirkan ucapan tahniah serta dan bangga atas dedikasi Cikgu Sam yang berasal dari Kuantan, Pahang dalam mendidik anak-anaknya sehingga terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah tersebut,

Ini sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat dan komitmen beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para guru, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.