fbpx
Now Reading
Berang Kereta Kerap Rosak, Youtuber Bakar Mercedez AMG GT 63 S Bernilai Hampir RM 1 Juta

Berang Kereta Kerap Rosak, Youtuber Bakar Mercedez AMG GT 63 S Bernilai Hampir RM 1 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana tidak berpuas hati dengan kondisi kereta yang cepat rosak, seorang vlogger berasal dari Rusia telah bertindak membakar kereta mewahnya jenis Mercedes AMG GT 63 S.

Kereta milik Litvin itu difahamkan sudah beberapa kali mengalami kerosakan sedangkan dia baru sahaja membelinya pada bulan 12 tahun lalu. Malah ianya baru sahaja digunakan sejauh 15,000 KM.

Difahamkan Vlogger ini sebelum ini ada bertemu pengedar Mercedez di sana memaklumkan mengenai masalah yang sering dihadapinya, namun pemuda ini mendakwa pihak pengedar enggan bertanggungawab di atas kerosakan tersebut.

Keputusan yang mengecewakan itu membuatkan lelaki ini terpaksa menghantar kereta mewahnya ke bengkel seorang rakannya untuk di baiki

Malah menurutnya, dia sudah lima kali berulang alik ke pejabat pengedar membuat aduan mengenai masalah yang sama namun mereka hanya bertindak menyimpan keretanya di bengkel tanpa berbuat apa-apa.

Dia yang berang kemudiannya nekad membakar jentera mewah tersebut sambil merakamnya sebelum di muat naik di laman Youtubenya dengan satu tujuan, untuk menarik perhatian orang ramai,

Menerusi video 7 minit itu, wajah pemuda ini jelas nekad langsung tidak teragak-agak untuk membakar keretanya itu.

Yang menariknya di penghujung video tersebut, sebaik selesai membakar keretanya Youtuber ini berlalu pergi meninggalkan tempat berkenaan menaiki sebuah kereta lama ,Skoda ZAZ-968m yang juga rosak dan perlu di tolak untuk dihidupkan seolah menghantar satu mesej kepada syarikat gergasi automotif itu.

Video berkenaan nyata mendapat pelbagai respons dari netizen, ada yang mendakwa dia hanya mahukan perhatian kerana video sebegini sememangnya didambakan penonton Youtube .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.