fbpx
Now Reading
Lebih 7 Bulan Tersadai Di KL Demi Cari 6 Anak, Kisah Pakcik Dari Sg Petani Ini Undang Sebak Netizen

Lebih 7 Bulan Tersadai Di KL Demi Cari 6 Anak, Kisah Pakcik Dari Sg Petani Ini Undang Sebak Netizen

Sayu hati bila dengar kisah Pakcik Nasen cari anak-anak dekat Kuala Lumpur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas ini tular apabila kisahnya yang sedang mencari anak-anaknya dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram pada 25 Oktober yang lalu.

Menerusi perkongsian oleh @rayschaaqisha_ berkata, pakcik yang dikenali sebagai Nasen bin Hj Ahmad ini dikatakan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari anak-anaknya seramai 6 orang.

Menurutnya lagi, Pakcik Nasen yang berusia 72 tahun ini terputus hubungan dengan anak-anaknya itu setelah kematian isterinya.

Pakcik Nasen yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini gigih mencari anak-anaknya daripada bulan Mac, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tambah lagi, gadis tersebut menemui Pakcik Nasen di salah satu restoran selera Ampang yang terletak di Jalan Ampang.

Saya berjumpa Pakcik ni tadi di resotran selera Ampang di Jalan Ampang. Baik sungguh bos restoran ni bagi pakcik ni makan dan minum secara percuma hari-hari. Lama jugak saya bersembang dengan dia.

Rayschaaqisha

Apa yang menyentuh hatinya lagi apabila pakcik berkenaan mengatakan dirinya menumpang tidur di sebuah tapak perkuburan di Jalan Ampang itu.

“Saya bertanya pakcik tidur mana? Dekat kubur Jalan Ampang Kubur Naina Muhammad. Menitik air mata saya. Semoga Allah melindungi pakcik ni dan dapat bertemu anak dan cucunya,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, gadis berkenaan mengunakan peluangnya dengan menularkan mengenai Pakcik Nasen ini di media sosial.

Dia juga berharap agar bantuannya itu dapat mempermudahkan pencarian anak-anak pakcik tersebut.

Kami berharap agar Pakcik Nasen dipertemukan dengan kesemua anak-anaknya dan mendoakan kesejahteraan buat seluruh ahli keluarga Pakcik Nasen bin Hj Ahmad ini. Amin…

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.