fbpx
Now Reading
Universiti No 1 Dunia Cipta ‘Face Mask’ Elektrik Basmi Covid-19

Universiti No 1 Dunia Cipta ‘Face Mask’ Elektrik Basmi Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekumpulan penyelidik dari universiti terbaik dunia, Institut Teknologi Massachussets (MIT) difahamkan sedang menghasilkan pelitup muka elektrik yang dipercayai jauh lebih berkesan dalam menangani virus covid-19 berbanding pelitup biasa.

Yang menariknya pelitup muka elektrik tersebut diperbuat daripada penebat neoprena yang boleh membunuh virus melalui jaringan tembaga halus yang dipanaskan sehingga 90 darjah Celcius.

Menerusi kajian yang dikalankan, pasukan penyelidik teah membuat model matematik untuk menentukan julat suhu optimum yang perlu dicapai oleh jaring tembaga tersebut untuk mematikan zarah Covid-19 secara termal .

Harga dijangka mahal berbanding face mask biasa

Dengan teknologi yang digunakannya, ramai menjangkakan harganya pasti akan lebih mahal berbanding pelitup muka konvensional yang biasa kita gunakan

Namun satu yang harus diingatkan sekiranya topeng ini berjaya dihasilkan ia bukan seperti topeng biasa yang perlu dibuang ataupun dicuci terlebih dahulu sebelum dipakai semula.

Sebaliknya menurut para penyelidik, ia boleh dipakai secara berterusan dan berulang kali terutamanya di tempat yang penuh dengan orang ramai.

Difahamkan pasukan penyelidik MIT yang bertanggungjawab mencipta pelitup muka ini sudah pun mengemukakan hak paten bagi reka bentuknya. Mereka juga sudah mula menghasilkan prototaip bagi menjalankan ujian fizikal sebelum mula memasarkannya kepada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.