fbpx
Now Reading
Catatan Ibu Neelofa Sahkan Anaknya Sudah Disunting?

Catatan Ibu Neelofa Sahkan Anaknya Sudah Disunting?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini hangat diperkatakan mengenai selebriti dan usahawan terkenal Neelofa dan keluarganya yang dikatakan telah menerima kunjungan dari keluarga penceramah PU Riz pada petang tadi.

Malah media turut melaporkan yang sumber menyatakan kunjungan tersebut sebenarnya bagi menyempurnakan upacara merisik.

Terbaru ibu Neelofa, Noor Kartini menerusi laman instagramnya telah berkongsi rasa bersyukurnya kerana aturan Allah pada kehidupan anaknya, Neelofa begitu indah.

Jelasnnya hari ni merupkan hari yang sangat bermakna dan begitu ditunggu tunggu oleh keluarganya.

Ini seolah memberi bayangan bahawa Neelofa sudahpun dirisik oleh PU Riz .

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.

“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” tulis Noor Kartini yang merupakan doa buat Neelofa.

Menerusi posting sama Kartini turut menzahirkan rasa sayangnya kepada Neelofa dan jelas dia begitu gembira dengan perkara tersebut.

“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Menerusi laporan Awani yang memetik sumber, Neelofa dan PU Riz , difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.

Malah sumber yang turut hadir dia majlis tersebut memaklumkan keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.