
Pemberhentian 2200 Staf Malindo Air Sudah Bermula, Ramai Zahir Rasa Simpati
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media tempatan sebelum ini melaporkan yang syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd akan memberhentikan 2,200 dari keseluruhan 3,200 kakitangan mereka.
Bukan itu sahaja mereka juga dijangka akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR .
Langkah ini dilakukan susulan dari penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan penutupan sempadan banyak negara di dunia sekaligus memberikan impak yang besar kepada semua syarikat penerbangan
Terbaru Malindo Air difahamkan sudah pun mula operasi penamatan khidmat sebahagian pekerja mereka sejak semalam.
Susulan dari itu media sosial terutamanya Twitter dilihat trending dengan pemberhentian ini dengan rata-rata mereka menzahirkan rasa simpati mereka kepada mereka yang terkesan.
Malah ramai kakitangan Malindo Air yang terkesan turut berkongsi hari terakhir mereka dan pengalaman mereka bersama syarikat penerbangan tersebut
Me, signing off ✈️
— AINA (@kaatnizz) November 1, 2020
Thank you for wonderful 4 years ❤️ #malindo pic.twitter.com/9OKRFBtKBQ
It is sad to see you all leave. The office won’t be the same without you all guys. Best wishes on your new endeavors. Malindo Air CM SZB OD pic.twitter.com/jrNUVmDELt
— Zack769 (@ahmad_zakwan) October 29, 2020
Malah ada yang turut mengingatkan yang lainnya untuk mendapatkan bantuan seperti EIS yang turut ditawarkan Perkeso.
Difahamkan bagi skim pemberhentian ini kebanyakan pekerja ditawarkan gaji selama 3 bulan.
Dalam pada itu, Kesatuan Kebangsaaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mengkritik keputusan Malindo menghentikan pekerja mereka .
Jelas mereka Malindo Air sebelum ini sudahpun mendapat bantuan Employee Retention Programme (ERP) dari Perkeso sebanyak RM 3 Juta.Dengan bantuan ini mereka seharusnya mampu menjaga pekerja mereka sekurang-kurang nya hingga ke bulan Jun tahun hadapan
Tambah mereka lagi, sebelum ini syarikat penerbangan berkenaan sudahpun memberi pelepasan cuti tanpa gaji kepada majoriti pekerja mereka sehingga Julai tahun depan.
Namun begitu ramai bekas pekerja penerbangan mengakui sukar mendapat pekerjaan terutamanya dalam bidang sama memandangkan realiti dimana sektor penerbangan memerlukan masa untuk pulih susulan dari penularan wabak Covid-19