fbpx
Now Reading
Gara-gara Suami Sibuk Bekerja, Wanita Curang Dengan 300 Lelaki

Gara-gara Suami Sibuk Bekerja, Wanita Curang Dengan 300 Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu curang dan salah satu darinya adalah rasa keseorangan dan selalu ditinggalkan atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘lonely’

Namun seorang wanita dari wilayah Jiangsu, Beijing yang juga ibu kepada dua orang anak menggunakan alasan tidak masuk akal tersebut untuk berlaku curang bukan dengan satu lelaki tetapi seramai 300 hanya dalam tempoh 2 tahun.

Difahamkan wanita berkenaan yang hanya dikenali dengan nama Zhang berbuat sedemikian kerana suaminya terlalu sibuk dengan kerja hariannya

Dek kerana keadaan tersebut yang berlanjutan dia kemudiannya mula menggunakan sosial media pada tahun 2017 untuk menghilangkan rasa bosannya.

Namun niatnya mula berubah apabila dia mula menggunakan nama samaran iaitu Zhou Mo selain turut mengubah statusnya pada sosial media sebagai seorang ibu tunggal dan mula mengenali seorang demi seorang lelaki.

Dari situ dia bagaikan mendapat satu keseronokan malah menggunakan hubungn tersebut untuk meminta wang dari kekasih-kekasihnya.

Bermula dari saat itu episod curang kini berubah menjadi satu aktiviti penipuan. Siapa sangka dalam masa dua tahun itu juga, Zhang berjaya mengumpul  wang sehingga 400,000 yuan (kira-kira RM249,000) semuanya dengan menggunakan alasan kesempitan wang untuk menanggung dua orang anak, perlu membayar bil, sewa rumah dan pelbagai lagi.

Namun selepas 2 tahun melakukan modus operandi yang sama dia akhirnya kecundang apabila salah seorang kekasih gelapnya telah membuat semakan sehinggalah dia tertangkap pada Ogos lalu

Susulan dari itu dia kemudiannya dibicarakan dan akhirnya didapapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan denda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).

Kelakuannya benar-benar mengejutkan suaminya, meskipun dia tidak menyangka isterinya sanggup berbuat demikian di belakangnya dia bagaimanapun bersyukur kerana ianya berjaya dibongkarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.