
Ngeri! Disangka Buat Prank Halloween, Rupa-Rupanya Dia ….
Takutnya, lelaki tayang dekat orang ramai selepas penggal kepala rakan di kediaman
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan oleh polis selepas didakwa melarikan diri selepas membuang kepala manusia di dalam tong kitar semula di sepanyol pada 31 Oktober yang lalu.
Pada awalnya, ramai saksi menyangkakan bahawa suspek sedang melakukan prank Halloween semata-mata dengan menunjukkan kepala manusia ke orang ramai yang lalu di kawasan tersebut termasuk kanak-kanak.

Kredit: Solarpix.com
Pihak polis bandar Huelva barat daya yang berhampiran sempadan Sepanyol dan Portugal dikatakan mendapat panggilan pada pukul 3 petang pada hari Sabtu selepas orang ramai mendapati kepala tersebut benar dan asli.
Sehubungan itu, pihak polis juga telah melakukan penangkapan ke atas suspek tersebut pada pukul 9 malam selepas menemui mayat lelaki yang dikatakan rakan kepada suspek yang berusia lingkungan 50-an.

Kredit: Solarpix.com
Dalam pada itu, rakaman menunjukkan pihak polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap beg yang mengandungi kepala mangsa sejurus kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak berkuasa.
Bagi menjalankan siasatan bagi kes tersebut, pihak polis juga menemuramah beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut.
Tong kitar semula yang digunakan oleh suspek untuk membuang kepala mangsa itu terletak di tengah jalan Huelva iaitu Avenida de Pio XII.
Berhubung kes tersebut, tiada komen rasmi setakat ini dari pihak polis mengenai penemuan yang mengerikan itu.
Mahkamah di Huelva telah memerintahkan para pegawai untuk tidak memberikan komen pada peringkat awal penyiasatan kehakimannya.