fbpx
Now Reading
Kejam! Gali & Awet 29 Mayat Budak Lebih 10 Tahun Lalu, Lelaki Ini Enggan Mohon Maaf

Kejam! Gali & Awet 29 Mayat Budak Lebih 10 Tahun Lalu, Lelaki Ini Enggan Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang sejarawan dikatakan tinggal bersama 29 mayat kanak-kanak perempuan yang telah diawet olehnya di sebuah rumah flat yang dikongsi bersama ibu bapanya di Rusia.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anatoly Moskvin yang berusia 59 tahun ini dikatakan enggan meminta maaf atas perbuatannya terhadap keluarga mangsa.

Kredit: Why So Serial?

Dia dikatakan telah menggali ke semua mayat kanak-kanak perempuan tersebut sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

Moskvin menegaskan bahawa hak ibu bapa ke atas mereka sudah ‘tamat’ apabila mereka sudah menguburkan mayat anak perempuan mereka.

Dia juga dikatakan telah memakaikan gincu dan make up ke semua wajah mayat kanak-kanak selain memasang kotak muzik di dada mereka.

Sehubungan itu, Moskvin mengharapkan agar dirinya dibebaskan dari hospital psikiatri demi menjaga ibunya yang sudah tua. Dia juga mendakwa dirinya skizofrenia telah dirawat. Namun, enggan menunjukkan penyesalannya itu.

“Gadis-gadis ini adalah perempuan. Pada saya, mereka tiada ibu bapa.

“Saya tak kenal siapa pun mereka. Lagi pula, mereka telah menguburkan anak perempuan mereka dan di sini saya percaya hak mereka sudah pun habis.

“Jadi tidak, saya tidak akan meminta maaf,” katanya yang enggan memohon maaf kepada ibu bapa mangsa.

Kredit: Tumgir

Susulan itu, Moskvin yang ditahan pada tahun 2011 kerana kesalahan itu dan mengakui 44 pertuduhan iaitu menyalahgunakan kanak-kanak perempuan yang berusia 3 hingga 12 tahun.

Dia yang sebelum ini memberitahu ibu bapa mangsa bahawa mereka telah meninggalkan anak perempuan mereka dalam keadaan sejuk. Dia juga mengatakan dia membawa mereka pulang dan memanaskan badan mereka.

Kredit: Daily Mirror

Menurut petikan Daily Star mengatakan salah seorang mayat kanak-kanak perempuan merupakan mangsa pembunuhan.

“Salah satu mayat merupakan mangsa pembunuhan, Olga Chardymova yang baru berusia 10 tahun ketika dia meninggal dunia.

Mayat Olga Chardymova yang diambil oleh Moskvin. Kredit: Daily Star

Ibu kepada mangsa tersebut, Natalia Chardymova yang berumur 46 tahun tidak menyedari keranda anaknya kosong semasa lawatan biasa ke kubur anak perempuannya.

Natalia telah mengemukakan mengenai pembebasan Moskvin dengan mendakwa ‘makhluk ini menimbulkan ketakutan, seram dan panik dalam diri saya dengan penganiayaan yang mengerikan terhadap kanak-kanak yang sudah mati.

“Saya berasa gembira jika mengetahui Moskvin menghabiskan sisa hidupnya di dalam hospital.

“Dia orang yang sakit. Dari satu pihak, tidak baik untuk gembira dengan perkara ini.

Kredit: Lamis Corner

“Tapi, saya akan beri peluang untuk letak batu nisan pada plot anak perempuan saya. Dia ditanam tanpa nama untuk mengelakkan Moskvin mencari semula kubur anaknya setelah Moskvin dibebaskan,” kata Natalia lagi.

Selain itu, ibu kepada Moskvin iaitu Elvira, 77, mengatakan dia pernah melihat patung tersebut, namun tidak mensyaki bahawa ada mayat didalamnya.

Kredit: Mirror.co.uk

“Saya nampak patung-patung tersebut, tapi kami tak syak yang ada mayat didalamnya. Kami menyangka bahawa itu adalah sebahagian hobinya membuat patung sebesar itu dan tidak melihat apa-apa yang pelik mengenainya,” katanya.

Elvira mendakwa mahkamah berat sebelah terhadap anaknya yang tidak dapat berada dalam masyarakat, bekerja mahu pun berkahwin.

Minggu lepas, seorang hakim memperbaharui penahanan Moskvin di hospital psikiatri selama 6 bulan lagi.

Kredit: Where Is The Line

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.