fbpx
Now Reading
Kucing Balik Dengan Nota ‘Tuntut’ Hutang Lepas 3 Hari Menghilang

Kucing Balik Dengan Nota ‘Tuntut’ Hutang Lepas 3 Hari Menghilang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi korang yang membela kucing di rumah pasti pernah mengalami situasi cemas dimana tiba-tiba ia menghilang, kan?

Apa yang lebih menakutkan bagi tuan mereka ialah bila kucing mereka jenis duduk rumah 24/7. Jadi, bila kucing kesayangan hilang ingat tak berjurai air mata tuan dia.

Tapi bila balik saja rumah, tahu-tahu kucing mereka bawa balik anak dah satu kerja nak bela yang lain tu. Nak marah tak boleh dek kerana sudah menganggap ia macam anak sendiri.

Kredit: Says

Kalau selalu kita dengar oyen buat hal, kali ini bukan oyen tapi Si Kucing muka Gangster pula yang buat hal di Thailand.

Menurut tuan kepada Si Kucing muka Gangster ini mengatakan kucingnya telah hilang selama 3 hari. Namun, setelah kepulangannya itu membawa sekeping nota di lehernya hingga menimbulkan kelucuan kepada tuannya.

Dalam pada itu, nota yang bertulis dalam bahasa Thailand itu ditulis oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan peniaga ikan menuntut kembali hutangnya kepada tuan kucing tersebut.

Kredit: Mingguan Wanita

Katanya lagi, peniaga tersebut memberi sebanyak 3 ekor ikan kembung kepada kucingnya untuk makan sepanjang tempoh kehilangannya dari rumah.

“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.

“Saya berikannya 3 ekor ikan,” tulis nota yang juga disertakan bersama nombor telefon lelaki berkenaan.

Justeru itu, foto tersebut menjadi viral hingga membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat yang dikongsikan oleh seorang pemilik Facebook, Chang Kuak yang berkongsikan foto Si Kucing muka Gangster.

Kredit: Lobak Merah

Tambah pula, ada yang berpendapat mengatakan kucing berkenaan pasti menyesal dengan perbuatannya yang suka merayau hingga lupa pulang ke rumah. Namun ada juga yang memuji akan tindakan peniaga ikan kerana memberikan makanan kepada kucing itu.

Kredit: Lobak Merah

Aduh! Si Gangster ini pun lain kali balik rumah saja, bukan bawa balik hutang dari kedai. Nasib sayang kalau tak dah lama jual dekat Shopee tau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.