fbpx

Scammer Amatur Kantoi Kena ‘Game’ Dengan Pengasas Rempah Oden Popular

Bila dengar nak dapat duit terus baik budi bahasa. Haha

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini semakin banyak kes-kes penipuan dalam talian dilihat mula dibongkarkan orang ramai

Namun yang peliknya golongan scammer ini seakan tidak serik-serik walhal mereka tahu hukuman yang bakal menanti mereka sekiranya tertangkap. Malah boleh dikatakan lebih banyak scammer yang muncul umpama cendawan sehingga hampir setiap hari ada sahaja yang menjadi mangsa mereka

Terbaru seorang pengasas produk makanan viral, Oden Viral Cekyana telah berkongsi kepada orang ramai sreenshot perbualan diatara dia dengan seorang individu yang juga menipu rakannya dengan menyamar menjadi Cek Yana.

Menerusi perkongsian tersebut jelas scammer amatur tersebut sudahpun tertangkap dari awal lagi namun dia dilihat begitu keras seolah apa yang dilakukannya bukan satu kesalahan.

Malah menurutnya tindakannya menipu orang adalah satu ‘kerjaya’ dimana dia terpaksa berusaha untuk menipu .

Namun berbekalkan pengalaman seorang yang sudah lama menceburi bidang keusahawan, Cek Yana bagaimanapun akhirnya menyekolahkan individu terbabit yang pada mulanya biadap malah dilihat terdesak sehingga mengggugut untuk mengapa-apakan pengasas produk tersebut

Hilang ego melangit lepas dengar nak dapat duit

Yang menariknya individu terbabit bagaimanapun akhirnya mula ‘merendahkan’ nadanya selepas usahawasnt ersebut meminta no akaunnya untuk diberikan sedikit wang sebagai sedekah

Menurut Cek Yana, dia merasakan scammer tersebut masih lagi budak muda yang belum mahir untuk menipu duit orang ramai

Dia bagaimanapun mendoakan agar individu tersebut bertaubat dan berhenti dari melakukan kerja haram itu lagi hanya untuk mendapatkan rezeki

“Rezeki ni bukan manusia tentukan Allah yng tentukan tapi kita da usaha? cari rezeki yang halal? Semoga scammer ni berubah Amin Ya Mujib” Kata usahawan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.