fbpx
Now Reading
Dakwa Dengar Bisikan Ghaib, Lelaki Bunuh Isteri Dengan Lesung Batu

Dakwa Dengar Bisikan Ghaib, Lelaki Bunuh Isteri Dengan Lesung Batu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehadiran seorang suami buat isteri pastinya sebagai pelindung mereka, namun situasi ini nyata berbeza buat seorang wanita ini apabila dia maut selepas dihentak menggunakan lesung batu oleh suaminya.

Kejadian yang berlaku di Daearah Maros, Sulawesi Selatan, Indonesia itu nyata menggemparkan masyarakat disana apatah lagi selepas mengetahui lelaki berkenaan, Mustawa berbuat sedemikin sewaktu isterinya, Nurhaya sedang nyenyak tidur pada jam sekitar 1 pagi isnin lalu

Menerusi laporan Liputan6 yang memetik sumber, suspek kemudiannya dikatakan hanya duduk termenung disebelah jenazah mangsa sehingga keesokan harinya seolah dia sendiri terkejut dengan apa yang dilakukannya.

Kematian Nurhaya kemudiannya disedari ibunya yang datang melawat ke rumah berkenaan. Dia yang terkejut bagaimanapun tidak diapa-apakan oleh menantunya malahan Mustawa tunduk dan mengakui kesilapannya

Dia kemudian segera melaporkannya kepada imam dan ketua kampung dan berita tersebut sampai ke pihak polis yang kemudiannya datang membuat tangkapan di rumah mereka

Siasatan yang dilakukan mendapat suspek mendakwa dia terdengan bisikan halus yang memintanya mencederakan si isteri.  Malah dakwanya suara tersebut turut memberitahu bahawa isterinya juga telah berlaku curang dengan lelaki lain dan bakal meninggalkannya dan berkahwin kelak.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Inspektor Rusli, selain lesung batu, suspek turut menggunakan sebatang kayu 40 sentimeter untuk memukul kepala isterinya sehingga menyebabkan kematian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.