
Lelaki Buat Majlis Kesyukuran Demi Malukan Isteri Curang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, satu insiden memalukan berlaku di Sepanyol apabila seorang lelaki mengadakan majlis kesyukuran buat isterinya yang hamil 4 bulan itu. Namun, si suami ada ‘niat’ lain untuk isterinya.
Lelaki mana yang tidak sedih jika mengetahui isterinya curang di belakang dia, betul tak? Sejurus itu, si suami nekad mahu adakan majlis berkenaan untuk memalukan isterinya di hadapan keluarga dan rakan-rakannya.

Menurut laporan The Sun, si suami turut menjemput lelaki yang curang bersama isterinya ke majlis tersebut.
“Dia yang nekad tidak terima dengan apa yang terjadi dan memutuskan untuk mendedahkan kepada semua perbuatan isteri dengan kekasihnya ketika majlis kesyukuran kehamilan. – The Sun
Ketika majlis itu berlangsung, isterinya yang memakai gaun berwarna merah jambu itu melayani para tetamu yang hadir dalam keadaan tersenyum gembira. Tiba-tiba, si suami mengambil mikrofon dan terus menuju ke hadapan sambil memberitahu mengenai perkara terbabit.
Hal itu menyebabkan para tetamu yang hadir ke majlis itu tergamam apabila si suami yang juga memperkenalkan peguamnya pada ketika itu.
“Ini peguam saya. Kami mempunyai beberapa dokumen di sini. Semua orang tahu bahawa kami mengharapkan seorang bayi. Lihatlah, saya ada laporan ujian kehamilan, semua orang tahu saya akan menjadi seorang ayah.
“Tetapi buat pengetahuan semua, kami terlepas beberapa perkara penting. Di sini adalah bukti bahawa isteri saya bukan 4 bulan mengandung,” katanya ketika itu.
Lantaran itu, si suami terlihat mengeluarkan beberapa laporan ultrasound isterinya dan menunjukkan bahawa usia kandungan isterinya adalah 6 bulan dan bukannya 4 bulan mengikut sijil doktor yang diperolehi dari peguamnya.

Isterinya yang tidak menyangka bahawa suaminya mempermalukan dirinya di khalayak ramai itu, lalu menghalang suaminya daripada meneruskan percakapannya itu.
Bila nasi sudah menjadi bubur, apabila si suami tidak lagi pedulikan penjelasan isterinya kerana hatinya sudah hancur dan bertekad untuk mengungkapkan kebenaran itu biarpun perit baginya.
“Ini bukan anak saya, pesta ini untuk anda berdua,” katanya sambil menarik tangan lelaki terbabit yang dipercayai kekasih kepada isterinya dan juga kenalan mereka.

Majlis tersebut menjadi huru-hara selepas peguam kepada si suami menunjukkan satu video mengenai perbuatan terkutuk isterinya kepada para tetamu yang hadir.
Video rakaman itu menunjukkan si isteri dengan lelaki berkenaan berpegangan tangan keluar dari sebuah bilik dalam keadaan mereka hanya memakai tuala. Mereka yang tidak menyedari akan aksi mereka terakam secara rahsia.
Lelaki berkenaan terlihat kaku dan hanya berdiam diri selepas terbongkar rahsia mereka selama ini.
