Nikon Tutup Operasi Di Malaysia Bermula 2021
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pandemik Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia. Bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan nyawa, virus maut ini turut memberi impak pada semua jenis sektor pekerjaan dan perniagaan
Keadaan yang berterusan akhirnya menyebabkan banyak sektor jatuh merudum sehingga ada yang menggulung tikar manakala ada syarikat MCN yang turut menutup operasi mereka di beberapa negara.
Jenama gergasi barangan kamera, Nikon nampaknya turut tidak terlepas apabila mengumumkan pengunduran mereka secara rasmi dari pasaran tempatan bermula 1 Januari 2021.
Namun pengunduran mereka bukan bermakna tiada lagi barangan dan aksesori di Malaysia sebaliknya segala aktiviti operasi membabitkan penjualan, servis selepas jualan dan pemasaran barangan mereka kini diserahkan kepada syarikat pengedar Futuromic Photo AV Sdn Bhd.
Manakala bagi industri Mitrologi, Nikon menyerahkan segalanya dan melantik QES (Asia Pacific) Sdn. Bhd sebagai pengedar sah.
Namun semua ini bukan satu perkara yang begitu mengejutkan terutama buat peminat industri fotografi kerana kebanyakan barangan Nikon memang diedar secara sah oleh dua syarikat ini bagi pasaran tempatan