fbpx
Now Reading
Terdesak Kerana Dibuang Kerja, Wanita Kahwini 3 Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

Terdesak Kerana Dibuang Kerja, Wanita Kahwini 3 Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana desakan hidup selepas dia dan suaminya diberhentikan kerja susulan dari penularan Covid-19, seorang wanita di India sanggup menipu dengan mengahwini tiga orang lelaki berturut-turut hanya dalam tempoh tiga bulan.

Wanita berkenaan, Vijaya Amrute dari Mukundwadi, Aurangabad difahamkan meninggalkan sementara suami sahnya untuk berkahwin dan tinggal bersama suami-suaminya baharunya sebelum melarikan diri dengan membawa barangan berharga yang berjaya dicuri.

Kantoi selepas bekas suami buat laporan polis

Penipuannya bagaimanapun akhirynya berjaya dibongkarkan selepas mangsa pertamanya yang juga bekas suaminya, Yogesh Shirsath membuat laporan polis.

Menurut lelaki tersebut dia berasa tertipu kerana wanita berkenaan melarikan diri bersama semua barangan kemas hanya selepas dua minggu mereka bergelar suami isteri.

Bertindak atas laporan tersebut polis kemudiannya menahan Amrute pada Sabtu (2 November) yang lalu untuk disoal siasat.

Siasasat awal terhadap wanita berkenaan kemudiannya mendapati dia sudahpun menipu tiga orang mangsa termasuk Yogesh yang membuat laporan.

Mangsa keduanya dikenali dengan nama Sandeep Darade yang tinggal di Raogad’s Karjat. Sama seperti mangsa pertama, dia kemudiannya meninggalkan lelaki ini bersama barangan berharga dan mula memikat seorang lelaki dari kawasan Barat Maharashtra sebelum turut menipunya.

Sudah ada anak tapi sanggup kahwin banyak demi duit

Menurut polis. lagi wanita berstatus isteri orang ini sudah pun mempunyai seorang anak namun mereka tidak menyangka dia sanggup berbuat demikian demi menyelesaikan masalah kewangannya.

“Siasatan awal dijalankan mendapati Amrute sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

“Namun, Amrute mengalami masalah kewangan selepas dia dan suaminya hilang pekerjaan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19.

“Kerana terdesak, dia kemudian bertindak mengahwini tiga lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.