fbpx
Now Reading
Bekas Pengurus Alami Tekanan Rempuh & Baling Petrol Di Kilang Sebelum Maut Dilanggar Lori

Bekas Pengurus Alami Tekanan Rempuh & Baling Petrol Di Kilang Sebelum Maut Dilanggar Lori

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang kerana diberhentikan kerja dan didakwa dilayan dengan tidak adil, seorang bekas pengurus projek dipercayai menceroboh dan merempuh masuk pejabat ke kilang tempatnya bekerja dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Kangsar, malam semalam sebelum maut dilanggar lori sejam kemudiannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan perkara berkenaan dan berkata pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam pada jam sekitar 7.30 malam bahawa terdapat sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang berkenaan

Dia kemudiannya telah bertindak membaling botol berisi petrol menyebabkan kebakaran.

Menurut Asmadi, hasil siasatan awal mendapati pada lelaki berkenaan yang berusia 52 tahun itu yang baru sahaja ditamaatkan perkhidmatan telah merempuh masuk ke kawasan kilang pada jam 6.42 petang

“Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang.

“Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,” katanya ketika Harian Metro

Dia kemudiannya masuk semula ke kereta sebelum sekali lagi merempuh ke bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran. Api bagaimanapun telah dipadamkan oleh pengawal keselamatan dan pasukan bomba yang tiba kemudiannya.

“Suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta.

“Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang,” katanya.

Namun sejam kemudiannya lelaki berkenaan yang dipercayai berjalan kaki kemudiannya dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas jalan.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan,” katanya.

Sejak semalam, tular juga satu video luahan yang di percayai dilakukan mendiang beberapa hari sebelum kejadian berlaku dimana dia mendakwa dirinya telah dianiaya sehingga dibuang kerja .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.