fbpx
Now Reading
Belanjawan 2021 : Komputer Riba Untuk 150,000 Murid

Belanjawan 2021 : Komputer Riba Untuk 150,000 Murid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini, 6 November, mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid terpilih di 500 sekolah sebagai projek rintis bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Bantuan sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 (Bajet 2021) yang berlangsung petang tadi di Dewan Rakyat

Difahamkan bagi merealisasikan bantuan tersebut syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik.

Dalam norma baru ini, pembelajaran secara online telah menjadi satu amalan.

“Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah,” kata Tengku Zafrul.

Dalam pada itu beliau turut memaklukan yang kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Malah, sebanyak RM50 juta juga akan diperuntukkan bagi menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network (MYREN) kepada 500Mbps hingga 10Gbps bagi memastikan kesalinghubungan internet di institut pengajian tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.