fbpx
Now Reading
Vape, Rokok Elektronik Dikenakan Duti Eksais 10% Bermula 1 Januari 2021

Vape, Rokok Elektronik Dikenakan Duti Eksais 10% Bermula 1 Januari 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini mengumumkan kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti eksais sebanyak 10% bagi semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape bermula bulan 1 Januari 2021.

Selain itu mereka juga akan mengenakan cuti eksais sebanyak 40 sen per ML bagi cecair rokok elektronik atau e-Liquid.

Tambah beliau, selain vape beberapa produk lain juga termasuk di dalam peraturan baru ini seperti Shisha, Hookah dan smoking pipe.

Terdahulu kerajaan Malaysia sejak 2019 telah mula melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan produk rokok elektronik termasuk vape .

Usaha tersebut mendapat sambutan baik dari kalangan pengusaha dan peniaga rokok elektronik dan cecair e-rokok. Malah ramai menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan jika perundangan tersebut dilaksanakan kelak.

Secara rekod Malaysia mempunyai komuniti pengguna vape dan rokok eletronik yang besar. Selain itu negara kita merupakan negara kedua terbesar di dunia yang mengeksport cecair vape.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.