fbpx
Now Reading
“Awas Pura-Pura Motorsikal Rosak” – PDRM Beri Amaran Taktik Baru Samun

“Awas Pura-Pura Motorsikal Rosak” – PDRM Beri Amaran Taktik Baru Samun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kemelesetan ekonomi akibat pandemik bukan saja menyebabkan peningkatan jumlah pengangguran, bahkan boleh mendorong pertumbuhan kes jenayah.

Malah sebelum negara ditimpa musibah ini lagi, aktiviti jenayah sendiri sudahpun berleluasa malah ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa kita sedari.

Terbaru Polis Diraja Malaysia menerusi laman rasmi Facebook mereka telah berkongsi kepada orang ramai taktik baru penjenayah yang menggunakan motosikal rosak sebagai pancing mereka

Foto sekadar hiasan via ERA

Menurut PDRM, modus operandi mereka bagi kes sebegini ialah si penjenayah akan memancing mangsanya dengan berpura-pura yang motosikal mereka sedang rosak ataupun kehabisan minyak.

Mereka kemudian akan bertindak menyamun mangsa sebaik mangsa datang untuk menghulurkan bantuan.

Dibawah adalah perkongsikan yang dilakukan PDRM bagi jenayah sebegini :

1. Penjenayah akan berpura-pura memerlukan bantuan kononnya motosikal mengalami kerosakan atau kehabisan petrol di tepi bahu jalan untuk menarik perhatian mangsa agar menghulurkan bantuan.

2. Mangsa yang bersimpati akan menghentikan kereta dan turun membantu bagi memudahkan urusan yang dihadapi.

3. Penjenayah akan menggunakan kesempatan itu untuk mengacukan senjata berbahaya seperti parang bagi menakutkan dan merampas barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri.

Justeru itu, PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspad sebelum menghulurkan bantuan terutamanya di tempa-tempat yang sunyi dan kurang dikunjungi. Perhatikan dahulu gerak geri dan kelakuan individu berkenaan dan jika mencurigakan, batalkan niat anda untuk membantunya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.