fbpx
Now Reading
Gli, Kucing Ikonik Hagia Sopia Meninggal Dunia Kerana Faktor Usia

Gli, Kucing Ikonik Hagia Sopia Meninggal Dunia Kerana Faktor Usia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang pernah travel ke Tukri pasti mengenali kucing yang bernama Gli ini kan? Kucing yang terkenal kerana menjaga bangunan bersejarah Hagia Sophia, Istanbul ini dilaporkan telah meninggal dunia pada 16 tahun.

Difahamkan, kucing berkenaan telah menerima rawatan di salah sebuah klinik veterinar swasta pada 24 September yang lalu, namun ia telah menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan faktor usianya yang agak tua bagi seekor kucing.

“Kami tidak akan pernah melupakan kamu Gli,” kata Ali Yerlikaya iaitu Datuk Bandar Metropolis Turki menerusi akaun Twitternya.

Kredit: Daily Sabah

Gli yang memiliki sepasang mata berwarna hijau ini merupakan tarikan utama kepada pengunjung yang mengunjungi Hagia Sophia di Turki.

Kredit: EditiaDeDimineata.ro

Selain itu, Gli si kucing kelabu ini juga turut viral kerana menyambut kedatangan rombongan bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama pada tahun 2009 di Hagia Sophia.

Biarpun Gli sudah ‘pergi’ tetapi Hagia Sophia akan kekal menjadi ‘rumah’ kepada Gli dan juga rakan-rakannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.