fbpx
Now Reading
Budak Tular Bawa Motor Kaki Tak Sampai Siap Buat ‘Wheelie’ Dikenakan Saman

Budak Tular Bawa Motor Kaki Tak Sampai Siap Buat ‘Wheelie’ Dikenakan Saman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu satu video di aplikasi whatsapp dan media sosial yang memperlihatkan seorang kanak-kanak sedang menunggang motosikal jenis Ex5 tanga menggunakan helmet.

Bukan sahaja kakinya yang tidak sampai, dia juga turut melakukan aksi berbahaya dengan cuba membuat wheelie di jalan besar.

Video berkenaan kemudian menyebabkan netizen menjadi berang kerana khuatir akan keselamatan kanak-kanak terbabit dan meminta agar ibu bapa memantau kelakuan anak mereka bagi mengelakkan sebarang perkara buruk terjadi

Portal berita Harian Metro kemudiannya melaporkan Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihak mereka telah mengenalpasti pemilik motosikal terbabit.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Bin Ibrahim menerusi satu kenyataan media memaklumkan kanak-kanak tersebut yang berusia kurang dari 10 tahun itu bersama warisnya telah pun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan mereka juga telah dikenakan tindakan undang-undang.

Difahamakn mereka telah diambil tindakan lanjut di bawah kesalahan lalulintas iaitu, menunggang di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tidak dilindungi perlindungan insuran dan serta tidak memakai topi keledar.

Manakala warisnya juga telah diambil tindakan di bawahSeksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur, memandu suatu kenderaan bermotor.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.