fbpx
Now Reading
Disangka Anjing, Netizen Tertipu Anak Kambing Bermain Lumba Lari Dengan Sekumpulan Lelaki

Disangka Anjing, Netizen Tertipu Anak Kambing Bermain Lumba Lari Dengan Sekumpulan Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau dulu kita selalu dengar orang kena kejar dengan anjing bila jalan dekat taman kan? Tapi kali ni ‘rare‘ punya sebab kita dapat tengok orang main kejar-kejar dengan anak kambing di kawasan perumahan.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @brotherjambang ini menunjukkan sekumpulan remaja lelaki sedang bermain lumba lari bersama seekor anak kambing ketika itu.

Apa lebih melucukan ialah anak kambing tersebut sedia menerima arahan untuk turut serta dalam acara lumba lari. Video berkenaan berjaya mencuri perhatian netizen sehingga mendapat sebanyak 314.2k tontonan dan 19.8k tanda suka.

Dek kerana terlalu laju, anak kambing berkenaan nyaris melanggar tong sampah yang berada di hadapannya.

Kredit: Twitter/ @brotherjambang

Pada mulanya ramai yang berangapan bahawa haiwan tersebut merupakan anjing tapi bila double check, rupa-rupanya anak kambing. Kesian mereka kena tipu dengan anak kambing.

Rasanya kalau dia masuk marathon ni boleh jadi juara tak agak-agaknya? Hurm, tuan dia ni bagi makan apa sampai jaguh berlari ye? Bagi makanan popeye gamaknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.