fbpx
Now Reading
Perbedaan Agama Bukan Penghalang, Wanita India Bantu & Jaga Warga Emas Ini Bagai Keluarga

Perbedaan Agama Bukan Penghalang, Wanita India Bantu & Jaga Warga Emas Ini Bagai Keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu, sepasang suami isteri dikatakan hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja. Premis tempat mereka bekerja itu terpaksa berhenti beroperasi lantaran peningkatan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara ketika ini.

Akibat desakan demi menyara keluarga dan juga membayar sewa bilik, Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan isterinya Rohayati Salleh, 46, bertindak menjual barangan mereka seperti jam tangan serta peti ais mereka.

Kredit: Utusan Malaysia

Namun siapa sangka, bukan sahaja barangan terbabit dibeli oleh pemilik kedai perabut tersebut iaitu L. Linda Kasturi, malah Linda Kasturi membawa mereka tinggal bersama.

“Saya tinggal bersama keluarga Linda sejak 6 bulan yang lalu dan dijaga dengan baik. Mereka yang memberikan saya tempat tinggal dan makanan yang halal sepanjang tempoh 6 bulan ini, malah mereka memanggil saya ‘ayah’ dan isteri saya ‘ibu’.

“Bagaimanapun, kehidupan kami berubah apabila Linda yang melihat keadaan kami telah membawa saya dan isteri ke rumahnya untuk menjaga kami. Sejak awal PKP, saya diserang strok dan tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan sehingga kini,” katanya ketika ditemui di Taman Sungai Ujong, semalam.

Kredit: Forum

Biarpun begitu, Muhammad Fakhrulzaman berasa terhutang budi dengan keluarga Linda kerana telah menjaga mereka berdua dengan baik sekali tanpa mengira bangsa dan agama.

“Mereka melayan saya seperti keluarga sendiri termasuk menyediakan ruang solat serta menghantar saya ke masjid pada hari Jumaat,” ujarnya lagi.

Mohamad Fakhrulzaman dan isteri mempunyai seramai 5 orang anak yang berumur antara 7 hingga 24 tahun. Seramai 2 orang anaknya melanjutkan pengajiannya di IPTA dan di sebuah madrasah di Indonesia.

Selain itu, Linda Kasturi tidak menganggap bahawa berbeza agama merupakan penghalang baginya untuk membantu pasangan tersebut dan dia juga turut mengatakan yang dia telah menganggap mereka seperti ibu bapanya sendiri.

Kredit: Oh My Media

“Saya berharap ada pihak yang datang beri bantuan kepada mereka. Saya juga berniat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah ini kerana anak-anak saya sudah rapat dengan mereka,” jelas Linda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.