
Restoran Hussain Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Bakal Dibuka Di Pulau Pinang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau sebut saja pasal ‘drive-thru’ pasti ramai yang terbayang restoran makanan segera kan? Mana taknya kebanyakan restoran makanan segera memang menyediakan perkhidmatan drive-thru, betul tak? Tapi korang jangan terkejut kalau tahu restoran nasi kandar juga akan menawarkan perkhidmatan sebegitu di Malaysia tau!
Restoran berkenaan dikatakan membuat sedikit kelainan apabila bakal mewujudkan sebuah restoran nasi kandar drive-thru yang pertama di Malaysia.

Pemilik Restoran Hussain Nasi Kandar bakal membuka cawangan pandu lalu di Caltex Toll yang terletak di Sungai Dua, Pulau Pinang.
Mereka juga turut berkongsikan rekaan restoran tersebut dalam bentuk 3D menerusi akaun Facebook miliknya.



Selain mempromosikan restoran berkenaan di Facebook, mereka juga sedang membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari kerja. Mereka juga yang terlihat menyenaraikan jawatan kosong tersebut di Facebook sebelum membuka cawangan disana.
