fbpx

Lirik ‘Selamat PKPB’ Yang Digubah Dari Lagu Selamat Pengantin Baru Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak PKPB dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020, pasti ramai yang termenung kebosanan tak tahu nak buat apa yang boleh menceriakan hati kita kan?

Jadi, apa kata korang try dengar lagu ‘Selamat PKPB’ ni, confirm korang akan ketawa terbahak-bahak lepas ni. Pastikan korang hayati lirik lagu yang cuba disampaikan tau!

Walaupun lagu tersebut asalnya merupakan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’, namun setelah diubah menjadi lagu pkpb ini membuatkan ramai yang terhibur dan lucu apabila mendengar setiap lirik yang dinyanyikan oleh @azmannaim44mantra ini.

Dia yang memuat naik video tersebut di laman Instagramnya dan di Youtube Channelnya itu menjadikan video tersebut tular di media sosial terutamanya di Whatsapp.

Kredit: Instagram/ @azmannaim44mantra

“SELAMAT MENYAMBUT PKPB! Mintak KWSP, Dapat PKPB. Yeay.

“Sempena PKPB ni, Mari nyanyi sama-sama sambil menghiburkan hati yang terkucil.

“Nak buat PKP sampai 10 tahun pun no hal bro, tapi LANJUTKAN MORATORIUM!!!,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram dan di Youtube.

Selain itu, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7K tontonan di laman Instagramnya, manakala di Youtube pula mendapat sebanyak 1.9K tontonan walaupun pemilik video tersebut baru sahaja memuat naik di media sosial selama 2 hari.

Rata-rata ramai yang memberikan komen yang positif terhadap video tersebut kerana merasakan lirik lagu itu cukup kena dengan keadaan yang dilalui ketika ini.

Sejak PKPB ni makin ramai yang menonjolkan bakat mereka di media sosial. Teruskan usaha korang dalam menghiburkan orang ramai di musim PKPB ni.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.