fbpx

Lelaki ‘Predator’ Jual Ayam Gunting Demi Mencari Rezeki Halal Di Tepi Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 6 Disember itu menyebabkan ramai yang menghadapi kesulitan dalam mencari sumber pendapatan terutamanya bagi para peniaga.

Namun, ianya bukanlah penghalang bagi lelaki yang dikenali sebagai Mohd Nor Hisham Awang Nong ini untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta. Dia yang dahulunya merupakan seorang kakitangan kerajaan mengambil keputusan untuk bersara awal bagi mengusahakan perniagaan ayam gunting bersama isterinya.

Kredit: Harian Metro

Dia yang menggunakan kreativitinya dalam mempromosikan gerainya itu dengan mengenakan kostum predator ketika berjualan. Biarpun pemakaian kostum tersebut mengambil masa selama 30 minit, dikatakan mahu menghiburkan para pelanggannya sambil berniaga.

“Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebagai peniaga, saya perlu melakukan inisiatif yang lebih kreatif bagi meraih jualan.

“Saya mengambil masa selama 30 minit bagi memakai kostum dan ini juga cara saya menghiburkan diri sendiri untuk hilangkan penat ketika mencari rezeki,” katanya lagi.

Gelagatnya itu membuatkan ramai yang tertarik dengan cara penjualannya itu. Dia yang mengenakan kostum itu bermula pukul 5 petang setiap hari selama 1 jam berkata bergantung kepada keadaan cuaca ketika itu.

Kredit: Harian Metro

Walaupun sudah 6 bulan dia mengusahakan gerai ayam gunting tersebut, terdapat segelintir yang menganggap dirinya yang mengenakan kostum predator itu ‘kerja gila’, tetapi kini berkat usahanya yang gigih itu membuatkan tindakannya itu disambut dengan begitu baik sekali oleh masyarakat.

Malahan, dia juga turut berharap bahawa peniaga lain mampu menghasilkan kreativiti yang luar biasa biarpun ketika mencari rezeki.

Kredit: Harian Metro

“Saya berharap peniaga lain yang terjejas juga dapat tonjolkan kreativiti masing-masing ketika mencari rezeki,” ujarnya lagi.

Sungguh pun dia merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas dirinya kehilangan mata kanan sejak 4 tahun yang lalu itu tidak mematahkan semangatnya dalam mencari rezeki yang halal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.