fbpx

Mattel Hasilkan Patung Barbie Edisi Khas Farah Ann

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Farah Ann, pasti semua orang mengenali ratu gimnastik Malaysia ini. Farah Ann atau nama sebenarnya  Farah Ann binti Abdul Hadi bukan sahaja dikurniakan rupa paras cantik malah kelincahan di atas gelanggang gimastik sentiasa ‘menjadi’

Hasilnya banyak kejayaan yang berjaya dikecapi dalam mengharumkan nama negara dalam sukan ini.

Terbaru Farah Ann menjadi tumpuan apabila Mattel Inc, syarikat pengeluar alat mainan terbesar di dunia telah mengeluarkan patung edisi khas Barbie yang menyerupai dirinya.

Foto : Mattel Via Says

Difahamkan patung tersebut dicipta bagi projek ‘Dream Gap’, satu program untuk memberi inspirasi kepada anak-anak kecil dalam merealisasikan impian mereka dengan tema “You Can Be Anything, You Can Be Athlete’

Patung tersebut dilihat mengenakan pakaian merah jambu, putih dan emas, pakaian yang gunakan Farah sewaktu bertanding di Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 2017 dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

Yang menariknya Mattel turut membuat satu video khas yang berdurasi satu minit 49 saat dimana Farah Ann dilihat melakukan rutin gimrama bersama seorang kanak-kanak selain video lama disaat ratu gimnastik negara itu masih lagi kanak-kanak.

Selain Farah Ann terdapat beberapa lagi atlet negara yang turut diangkat bagi projek berkenaan seperti pemain skuasy lagenda negara dan dunia Nicol Ann David, penerjun Olimpik Leong Mun Yee, jaguh tenpin boling Shahlin Zulkifli dan atlet luncur ais pecut, Anja Chong.

Namun patung-patung Shero ini tidak akan dijual di dalam pasaran sebaliknnya hanya dicipta satu khas untuk projek tersebut

Kalau jual mest best bukan? Mesti ramai yang nak membelinya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.