fbpx

Berdekad Menabung, Penjaga Kubur Ini Akhirnya Tunai Haji Bersama Isteri Pada Usia 91 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam tidak kira tua ataupun muda pasti mempunyai impian agar suatu hari mereka dapat menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji. Jika niatnya tulus pasti akan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah SWT, kan?

Itulah jua perasaan seorang lelaki warga emas yang berasal dari Indonesia ini apabila bermimpi menunaikan haji. Namun, disebabkan faktor ekonominya tidak berapa mengizinkan dirinya untuk ke tanah suci.

Kredit: Nasional Tempo.co

Biarpun dia hanyalah seorang penjaga kubur, tetapi ia bukanlah penghalang bagi lelaki yang dikenali sebagai Ahmadi ini untuk mencapai impian ke tanah suci bersama isterinya, Sartoyah.

Sepanjang tempoh 20 tahun, Ahmadi yang berasal dari Desa Gemular Lor, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah ini berusaha untuk mengumpul wang setiap hari agar dapat mengerjakan ibadah haji.

Walaupun usianya sudah mencecah 91 tahun itu, namun Ahmadi masih kekal aktif dan bertenaga. Ini disebabkan dirinya sering bersukan pada waktu pagi dan juga petang, sambil itu dia juga turut menanam sayur- sayuran dan ubi di kebunnya yang jaraknya dengan rumah sebanyak 1 kilometer.

Kredit: Sinar Harian

Kegembiraan itu terpancar di mukanya apabila dia berjaya mendaftar bagi menunaikan ibadah haji pada tahun 2011, namun terpaksa menolak sebanyak 3 kali kerana mahu menunggu isterinya untuk berangkat bersama-sama ke sana.

Setelah menunggu sekian lama, Sartoyah akhirnya berjaya mendapatkan giliran ke tanah suci pada tahun 2018. Malahan, umur Ahmadi itu menyebabkan dirinya merupakan jemaah paling tua yang mengerjakan ibadah haji dari Indonesia pada tahun 2018.

Sifatnya yang romantis dan sayang terhadap isterinya itu patut dicontohi oleh setiap orang dalam kehidupan berumah tangga. Biarpun menghadapi detik susah dan senang, mereka tetap tempuh dugaan bersama-sama. Itulah cinta hingga hujung nyawa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.