fbpx

Pensyarah UTP, Dr Tang Tong Boon Jadi Rakyat Malaysia Pertama Raih Mountbatten Medal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Seorang Pensyarah kejuruteraan elektrik dan elektronik Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Madya Dr Tang Ton Boon hari ini mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diangerahkan Mountbatten Medal, sebuah anugerah pencapaian berprestij daripada Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET).

Menerusi satu kenyataan di laman UTP, anugerah tersebut diberikan di atas sumbangannya dalam bidang neuroteknologi dan penggunaan teknologi itu dalam jagaan kesihatan mental.

Selain itu juga, ppengiktirafan tersebut diberikan di atas terhadap kerja rintis beliau mengenai spektroskopi inframerah dekat fungsian (fNIRS) di Malaysia.

“Saya menerima Mountbatten Medal daripada IET ini dengan penuh rasa hormat, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian saya dalam pemajuan neuroteknologi serta penggunaan teknologi itu di seluruh Asia.

“Saya sangat bertuah dapat bekerja dengan banyak pihak serta pelajar yang cemerlang. Saya juga ingin berterima kasih kepada pengurusan UTP atas sokongan yang diberikan. Tahniah kepada jurutera dan ahli teknologi lain yang turut diiktiraf atas kerja-kerja rintis mereka,” katanya yang dipetik dari kenyatan di laman UTP tersebut

Sebagai rekod, merupakan lepasan ijazah sarjana muda pada tahun 1999 dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2006 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dari Universiti Edinburgh

Beliau kemudian mula bertugas di Lucent Technologies (Singapura) dan di Universiti Ediburgh antara 1999 dan 2012.

Antara pencapaian lain penyarah ini adalah anugerah Lab on Chip Award pada 2006 dan IET Nabiotechnology Premium Award pada 2008

Selain itu Dr Tong juga merupakan ahli Lembaga Pengelola Kemudahan Penyelarasan Neuroinformatik Antarabangsa (INCF), dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis HICoE dan penyandang Kursi IEEE Circuits and Systems Society cawangan Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.