fbpx
Now Reading
“Awak Bayar Masa 10 Tahun Saya, Bukan 30 Minit”- Kisah Jurutera Mekanik Baiki Kapal Gergasi

“Awak Bayar Masa 10 Tahun Saya, Bukan 30 Minit”- Kisah Jurutera Mekanik Baiki Kapal Gergasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehebatan seseorang itu bukan hanya terletak pada kekayaan dan rupa paras semata-mata, namun pengalaman dan kepakaran individu tersebut yang patut dinilai dan dilihat sebenarnya.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Mohd Nazlee Mohamad di laman Facebooknya, menceritakan tentang seorang Jurutera Mekanik yang berpengalaman ini dipertikaikan tentang kepakarannya itu.

Di sini kita dapat melihat bahawa ilmu dan kemahiran seseorang itu tidak ternilai harganya bahkan mereka juga menghabiskan masanya untuk mempelajari sehingga menjadi seorang yang pakar.

Kredit: Facebook/ Mohd Nazlee Mohamad

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Mekanik berpengalaman lebih 40 tahun.

Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.

Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki!

7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah $10,000 kepada pemilik kapal.

“Apa?!” kata pemiliknya.

“Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami.”

Jawapannya mudah:

Mengetuk dengan tukul: $2

Mengetahui dimana hendak mengetuk dan berapa banyak untuk mengetuk: $9,998

Sumber: Penemuan Kejuruteraan Awam

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang sehingga kata-kata “senang je”, “cuma itu je”, seharusnya diketepikan.

Kenapa? kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, exsperimen dan juga air mata.

Seperti gambar diatas:

If I do a job in 30 minuts it’s because I spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes.

(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaiman melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).

Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain.

Disana saya juga belajar melihat orang. Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri. Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.

Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu.

Sekadar renungan. Kredit to hamba ALLAH.

Perkongsiannya ini telah mendapat sebanyak 193 perkongsian dan juga 186 tanda suka di laman Facebooknya itu. Harap kisah yang dikongsikan oleh Mohd Nazlee itu sendiri dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Kita juga sedia maklum untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, boleh memakan bertahun-tahun untuk mengasah bakat sehingga mahir dalam bidang yang diceburi. Jadi, janganlah kita memandang rendah akan bakat dan skill mahupun kepakaran yang dimiliki oleh seseorang itu. Ingat ya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.