fbpx
Now Reading
Lawak, Isteri Ingat Si Suami Tak Heran Bila Rembat Kulit Ayam Tapi Rupa-Rupanya… [Video]

Lawak, Isteri Ingat Si Suami Tak Heran Bila Rembat Kulit Ayam Tapi Rupa-Rupanya… [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi para pengemar kulit ayam pasti suka jika dapat makanan favourite masa tengah panas dan cripsy kan? Bila makan ayam goreng, antara bahagian yang mendaji kegemaran pastinya kulit ayam bukan. Dengar saja kerangupannya saja sudah buat orang ramai terliur dan terus lapar.

Tapi bahayanya ialah jika ada yang cuba mengebas kulit ayam mereka, pasti tak senang duduk dibuatnya. Tak kiralah lelaki atau perempuan sekalipun ia boleh cetuskan perbalahan antara mereka termasuklah member atau dengan boyfriend korang sendiri.

Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang berasal dari Indonesia ini apabila videonya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, @ariifbrata ini dikatakan memuat naik satu video dimana isterinya merakam video tersebut bagi menguji kesabarannya sama ada marah atau tidak jika kulit ayamnya diambil.

Kredit: TikTok/ @ariifbrata

Tambah pula, reaksi suaminya yang santai itu membuatkan si isteri tersenyum dan terpegun melihatnya.

Video tersebut menunjukkan pada mulanya si suami terlihat sedang menikmati ayam gorengnya bersama nasi putih sambil ditemani oleh isterinya.

Selepas itu, isterinya mencuri kulit ayam yang diasingkan oleh si suami sambil merakam gelagatnya memakan kulit ayam tersebut di hadapan kamera.

Dia yang menunggu respon suaminya itu malah terkedu apabila si suami hanya tersenyum dan mengusap kepalanya ketika itu.

Tetapi, selepas si suami kelihatan beredar dari meja makan dan berlalu pergi. Isterinya yang mulai kehairanan ini cuba menjenguknya hingga ke kamar mandi.

Apa yang melucukan, si suami yang menangis meratapi kulit ayamnya diambil oleh isterinya itu membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat si suami tersebut. Ditambah pula apabila si suami kelihatan cuba mengigit kulit lengannya sambil badannya dibasahi oleh pancuran air di bilik air.

@ariifbrata

Kulit ayamku

♬ original sound – Arif Brata
Kredit: TikTok/ @ariifbrata

Pengakhiran video tersebut membuatkan ramai yang ketawa kerana tidak menyangka akan gelagat suaminya yang seakan patah hati tidak dapat merasai kulit ayamnya itu. Video tersebut berjaya mendapat tontonan sehingga 2.8 juta tontonan dan juga 258.8k tanda suka di aplikasi Tiktok.

Kredit: TikTok/ @ariifbrata

Haaa… Lepas ni tengok kalau ada lelaki gaduh tu kalau tak sebab girlfriend mesti sebab kulit ayam!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.