fbpx
Now Reading
Gadis Cuak Ditahan Polis Di Sekatan Jalan Raya, Rupa-Rupanya….

Gadis Cuak Ditahan Polis Di Sekatan Jalan Raya, Rupa-Rupanya….

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa saja yang tak takut bila ditahan oleh abang polis dekat roadblock kan? Nak-nak lagi masa PKPB ni boleh buat orang gugup jantung dibuatnya bila terkenangkan denda RM1,000. Memang boleh buat orang trauma atau tidak tidur malam dibuatnya.

Begitulah perasaan yang dirasai oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Nurul Syafika Zamree ini apabila dirinya ditahan oleh anggota polis pada petang Khamis yang lalu.

Gara-gara dirinya yang ketika itu memakai mask dalam keadaan separuh hidung itu berkata panik bila membayangkan terpaksa membayar denda kompaun sebanyak RM1,000 itu. Namun, sebaliknya lain pula yang berlaku apabila dia ditahan oleh beberapa anggota polis tersebut.

“Masa nak pergi OK, lepas. Masa nak balik tu, tiba-tiba ada abang polis bagi isyarat pada kereta saya. Trafik agak perlahan ketika itu kerana ada roadblock.

“Bila sampai turn saya, polis suruh saya berhenti ke tepi. Masa tu memang cuak sebab ingatkan mereka marah sebab saya pakai pelitup muka tak penuh, setakat di bawah hidung.

Kredit: mStar

Syafika yang berusia 20 tahun itu berkata, dia yang dalam perjalanan ke pekan Tangkak bersama seorang rakannya itu bertujuan mahu membeli barang dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu olehnya.

Disebabkan kawasan rumahnya yang terletak di Sagil, Tangkak, Johor itu perlu melalui satu sekatan roadblock mengatakan pada awalnya ia kelihatan seperti biasa, namun ketika dalam perjalanan pulang tiba-tiba kereta mereka ditahan oleh beberapa anggota polis di situ.

“Dalam perjalanan balik saya kunyah makan di dalam kereta, jadi mungkin sebab itu pelitup muka terjatuh ke bawah sedikit.

“Saya fikir habislah mana nak cari RM1,000 untuk bayar kompaun. Saya masih belajar, mana ada duit sebanyak itu.

“Berhenti di tepi jalan, rupa-rupanya polis kata tayar hadapan kereta bocor. Masa tu macam tak percaya dalam keadaan masih cuak,” katanya lagi.

Dia yang masih binggung ketika itu mengatakan berasa sedikit malu apabila keretanya ditahan gara-gara tayarnya pancit di bahagian hadapan. Tambahnya lagi, dek kerana kenderaannya memakai tayar nipis menyebabkan pelajar Diploma Kejuruteraan di Kolej International College di Johor Bahru ini tidak menyedari akan perkara itu.

“Memang saya tak rasa sepanjang perjalanan balik dari kedai sebab tak ada langgar mana-mana lubang atau jalan yang tak elok.

“Lagipun jarak dari kedai ke roadblock tu hanya 2 kilometer, mungkin tayar tu mula kempis bila nak dekat roadblock sebelum disedari polis,” tambahnya lagi.

Kredit: mStar

Selain itu, dia yang cuba menelefon bengkel kereta untuk mendapatkan bantuan itu terhenti apabila terdapat anggota polis yang sudi menghulurkan bantuan dengan menukarkan tayar ganti pada keretanya itu.

“Ada abang polis, polis trafik dan Rela. Polis trafik tu berlari ke bengkel dekat roadblock nak pinjam spanar untuk tukar tayar ganti. Nampak peluh menitik kat muka abang polis trafik tu,” ujarnya.

Justeru itu, berkat bantuan dari anggota polis dan juga Rela itu, masalah tayarnya dapat diselesaikan kira-kira 30 minit ketika itu.

“Terima kasih banyak kepada abang-abang polis dan Rela yang membantu. Walaupun sedang bertugas buat roadblock, tapi mereka tak lupa memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan,” katanya lagi.

Tidak dinafikan pada mulanya Syafika berasa gementar ketika mereka ditahan, tetapi perasaan tersebut menjadi insiden yang memalukan bagi dirinya.

Selain kenderaannya di tahan polis, aliran trafik di kedua belah arah menjadi perlahan disebabkan sekatan yang dilakukan oleh pihak polis ketika itu. Hal tersebut menyebabkan dirinya berasa sedikit janggal dan memalukan biarpun tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Memanglah tak ada buat salah tapi sebab kereta saya parking betul-betul kat roadblock, mesti orang ingat ada sesuatu yang tak kena. Mesti fikir polis buat spot check.

“Lebih-lebih lagi semasa polis buka bonet kereta keluarkan tayar ganti. Orang lain mesti sangka saya bawa dadah. Malu, dalam hati kata cepatlah abang polis tutup bonet tu,” katanya lagi.

Apa-apa pun kami tabik pada kesemua anggota yang bertugas di musim pandemik ini. Biarpun lelah, namun mereka tetap mengerah segala kudrat dan tenaga demi melindungi kita semua dari penularan wabak Covid-19. Syabas frontliners!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.