fbpx
Now Reading
Dituduh Guna Daging Babi Dalam Mi Kari, Oldtown Cadang Ambil Tindakan Terhadap Si Penuduh

Dituduh Guna Daging Babi Dalam Mi Kari, Oldtown Cadang Ambil Tindakan Terhadap Si Penuduh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular satu video yang mendakwa sebuah restoran berstatus halal yang begitu terkenal di dalam negara meletakkan daging bagi didalam resepi mee karinya

Perkara tersebut begitu mengejutkan orang ramai apatah lagi kedai yang dimaksudkan adalah OLDTOWN White Coffee yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) kemudiannya telah bertidak menyerbu restoran tersebut dan menyita daging berkenaan untuk ujian makmal.

Jelas KPDNHEP pengurus restoran tersebut bagaimanapun menafikan daging tersebut adalah daging babi dan menegaskan itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

Namun kerisauan orang ramai terjawab apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi bahagian hab halal tampil mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar malah Oldtown merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah

Justeru sesiapa yang mempunyai sijil SPHM yang sah bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.

Menerusi perkongsian JAKIM itu lagi, Pihak OLDTOWN juga sebelum itu sudah memuat naik sebuah kenyataan dimana mereka sudah mulai memegang Sijil Pergesahan Halal (SPHM) sejak dari tahun 2010 lagi.

Jelas pengurusan syarikat itu lagi, mereka sentiasa memastikan ramuan yang digunakan dalam bahan makan mereka adalah halal dan tidak mengandungi sebarang kandungan babi.

Justeru selain menggesa orang ramai untuk berhenti menularkan berita palsu tersebut,pihak OLDTOWN juga difahamkan sedang berbincang dengan pihak guaman untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan palsu tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.