fbpx
Now Reading
PUBG Mobile Akan Kembali Dilancarkan Di India Dengan Versi Khas

PUBG Mobile Akan Kembali Dilancarkan Di India Dengan Versi Khas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui ketegangan berkaitan hal perbatasan negara membabitkan India dan China telah memaksa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi mengharamkan lebih ratusan aplikasi yang di hasilkan negara Asia Timur tersebut atas dasar keselamatan negara.

Antara aplikasi besar yang diharamkan tidak lain dan tidak bukan adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile yang mempunyai jutaan pemain yang di sana.

Namun siapa sangka dua bulan pengharaman permainan dalam talian itu disana , pemilik dan pembangun sebenar aplikasi berkenaan, PUBG Corporation yang berpangkalan di Korea Selatan mengumumkan bakal melancarkan kembali permainan berkenaan di india.

Namun ianya adalah versi khas iaitu PUBG Mobile India, yang tidak mempunyai kaitan dengan Tencent, syarikat gergasi dari China yang sebelum ini memegang hak ekslusif pengedaran PUBG Mobi di seluruh dunia yang di haramkan di negara tersebut.

“Dengan privasi dan keselamatan data pemain India menjadi keutamaan bagi PUBG Corporation, syarikat akan melakukan audit dan pengesahan berkala pada sistem penyimpanan yang menyimpan maklumat peribadi pengguna India untuk memperkuatkan keselamatan,” kata syarikat itu pada hari Khamis.

Selain itu syarikat induk PUBG Corporation iaitu Krafton Inc juga dijangka akan membuat sedikit pembaharuan dengan membawa masuk wang pelaburan bernilai AS $100 Juta ke India

Ini sekaligus membuka satu ibu pejabat PUBG Corporation di sana dengan rancangan utama untuk meningkatkan permainan video, e-sukan, dan industri IT yang pastinya akan membuka peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Perkara ini pastinya akan memberikan sedikit kelegaan kepada berjuta pemain aktif PUBG di India yang sebelum ini terpaksa mencari pelbagai alternatif susulan pengharaman permainan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.