fbpx
Now Reading
Aplikasi Muslim Pro Jual Data 100 Juta Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat ?

Aplikasi Muslim Pro Jual Data 100 Juta Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama aplikasi Muslim Pro hari ini menjadi sebutan ramai selepas pembangun aplikasi waktu solat dan doa-doa harian Muslim itu didakwa menjual data hampir 100 juta pengguna mereka kepada tentera Amerika Syarikat.

Menerusi laporan Motherboard VICE, tentera AS membeli data pergerakan pengguna seluruh dunia daripada pelbagai aplikasi yang langsung dilihat tidak berbahaya seperti Muslim Pro, Craiglist, aplikasi cari jodoh Muslim Mingle dan banyak lagi.

Difahamkan aplikasi ini menjual data lokasi penggunanya di seluruh dunia kepada X-Mode sebelum X-Mode menjual data tersebut kepada pihak ketiga iaitu syarikat kontraktor pertahanan yang bertanggungjawab membekalkan data kepada Jabatan Pertahanan AS.

X-Mode merupakan sebuah entiti yang menjalankan perniagaan dengan kontraktor tentera dengan fokus utama mereka menjaga keselamatan siber, menentang keganasan dan meramalkan kawasan panas COVID-19.

Setakat artikel ini ditulis Muslim Pro bagaimanapun masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai isu penjualan berkenaan

Sebagai rekod selain menggunakan syarikat X Modem, Tentera AS juga berjaya mengumpul data pengguna dengan menggunakan produk yang dihasilkan Babble Street iaitu Locate X, yang dikawal dan diguna U.S. Special Operations Command (USSOCOM) sebuah unit komando bagi operasi luar negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.